Tuesday, July 28, 2009

Pegang Lilin Haram?

Q: Betulkah seperti kata mufti Perak bahawa pegang lilin dalam perhimpunan itu haram?

A: Pertama, saya tidak dengar sendiri fatwa tersebut. Oleh itu tidak perlulah saya jawab beliau tambahan pula akhir2 ini memang fatwanya dipandu oleh kepentingan politik BN (umno) seperti fatwa "orang cina baca Quran" satu masa dulu... Yang jelas dalam isu lilin ini, kita berpandukan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud "Sungguhnya tiap amalan bergantung pada niat..."

Apakah niat pegang lilin itu untuk menyembah lilin tersebut atau menyembah Tuhan lain selain Allah? Jika itu niatnya maka haramlah! Tapi saya yakin tidak begitu... Bagi saya lilin hanyalah simbol cahaya seperti pelita (bagi Hindu) yang juga telah lama digunakan dalam musim-musim perayaan orang Islam.

Memang pelita dan lilin bukan dari ajaran Islam tapi salahkah kita memasang pelita dan lilin (termasuk juga lampu kelip-kelip sekarang ini)? Salahkah kita bermain pelita dan lilin? Apa hukum pasang lilin atas kek hari jadi? Dan banyak soalan lain lagi berkaitan lilin... Bagi saya, jika niatnya hanya untuk suka-suka bagi menambah kemeriahan maka tidaklah haram.

Begitu juga memegang lilin untuk menuntut keadilan dan kebenaran. Kini, negara kita berada dalam kegelapan akibat kezaliman penguasa. Sabda Nabi s.a.w bermaksud "Kezaliman itu adalah kegelapan dihari Qiamat". Dalam kegelapan itu, kita ketakutan... kita tidak mengenal kawan dan lawan... kita tidak kenal yang mana salah yang mana betul, yang mana baik yang mana buruk... Kita hidup dalam gelap! Teraba-raba... tercari-cari...

Oleh kerana itu, kita perlukan cahaya. Lilin dan pelita adalah lambang cahaya... Semoga cahaya kembali menyinari hidup kita... Amin!

Salam hormat.
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

10 comments:

Ahmad Pazil Md Isa said...

pegang lilin tak haram, tetapi kalau dok pegang lilin dlm masa yg sama nak mengingati org BUKAN ISLAM meninggal???? Fikir ler sendiri

harap2 Mufti PERAK tidak di maki sebagai " IBLIS " atau sebagainya

M.Shaiful said...

Saya setuju dengan pendapat ustaz....segalanya bermula dengan niat..walhal kalau kita mengerjakan solat pun kalau dari segi pelaksaan fizikal elok tetapi niat kita untuk mengagungkan selain Allah, ia tetap haram....

tetapi berbeza dengan patung kerana ia terang-terangan adalah objek khusus yang kalau kita tiada niat pun tetapi perbuatan meniru pun ia tetap haram malah ke arah syirik seperti sambutan hati pahlawan di tugu negara yang terang-terang memuja/bangga tugu negara dengan menunjukkan tanda hormat dan sbginya..dalam hal ini, mufti kena memberi penjelasan detail dengan memberikan hujah fakta dari segi nas-nas hadis dan al-Quran sebagai menguatkan kenyataan kita.jikalau setakat mengatakan ia haram atau halal masih belum cukup kerana asas utama dalam islam adalah berpandukan dua sunmber tersebut...

Hj Mat said...

Kenapakah perkara kecil tu hendak di perbesarkan. banyak lagi perkara yg lebeh besar tidak diambil tindakan malah didiamkan sahaja,contoh memperingati di TUGU NEGARA setiap tahun kan dah perkara tersebut diputuskan oleh majlis fatwa haram kenapa setiap 31 Julai bapak-bapak menteri pagi-pagi lagi dah pergi letak kalongan bunga disitu.dah ada kuasa kenapa tidak melarang perkara tersebut tak berani sebab satu aliran dan takut hing kuasa dan gaji lumayan?

Anonymous said...

Ana setuju sangat dengan pandangan Al Fadhil Utz Bad.

Islam harus diamalkan mengikut peredaran masa tanpa berkompromi dengan hukum syarak yang nyata agar umatnya dapat terus maju bersaing dengan ugama/bangsa lain. Apa yang berlaku itu hanyalah isu politik semata-mata, bukan isu agama. Pihak disana cuba hendak mempolitkkan agama agar Nizar dipandang negatif dimata umat Islam Malaysia tanpa mereka sedari bahawa mereka telah meminggirkan laungan 1Malaysia yang dibawa oleh pemimpin mereka.

Satu ketika dulu, orang ada kata haram naik kereta sebab Nabi naik unta.
Satu ketika dulu, orang ada kata haram tengok TV sebab banyak benda haram dalam tu. Yang hampa lebih byk tengok benda haram dari benda baik tu apahal?

Zaman dulu, obor menjadi alat menerangkan kehidupan manusia. Kemudian obor digantikan dengan pelita, lilin dsbnya. Dengan teknologi moden, sekarang semua ada dalam besi/dinding. Kelik tepi, tengah nyala. Kelik dalam, luar nyala. Maka obor, pelita dan lilin menjadi simbol sahaja sekarang. Obor jadi simbul keamanan dalam sukan, pelita jadi simbul perayaan, manakala lilin menjadi simbul kesedihan, pencabulan dan harijadi.

So, simbol ni la patutnya diketengahkan. Tak perlu jadi terlalu naive dengan simbol ni. Yahudi pakai baju kot hitam, apakah ahli parlimen dan peguam-peguam muslim pun Yahudi? Paderi kristian pakai jubah, apakah tok imam kita pun Kristian? Benggali berjambang dan berserban lilit dikepala, apakah pak aji kita pun penganut Sikh?

Banyak lagi benda yang lebih serious melanggar syarak yang perlu diperbetulkan daripada isu lilin ni. Cuba naik motor tengah KL ni, pas tu follow belakang motor yang dibonceng oleh aweknya. Baik punya tonggek nampak alur bontotnya. Itu kenapa tak dikesahkan? Anak-anak gadis di Bukit Bintang yang pakai seluar hampir nak nampak bulu terkeluar dengan baju singkat, kenapa diam? Remaja bercemolot siang hari depan masyarakat, kenapa sonyap?

Jangan layan lah benda ni, ini semua isu politik dan harus dilayan cara politik. Keluarlah hadis dan surah mana pun, diaorang tetap kata Nizar bersalah!


Zack

akhu_hurairah said...

salam ust.

sy quote sikit kata2 dari dr.maza.

"Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”
http://drmaza.com/home/?p=668

sy tak fhm apa maksud yg dikatakan fatwanya di pandu oleh kepentingan politik bn.

sy maklum pd ust, sy mahasiswa dan pendokong gerakkan Islam tertutamanya PAS.
dan kita perlu tau benar dan bagaimana cara kita mendepani perkara khilaf. sy ambil cth dlm isu mogok puasa. dr.maza ada pndpt sndiri.

mana yg kita yakin kita pegang.
tak perlu kita bersangka buruk.

sy tak berniat nak nasihat ust..ust byk imu dan tentu ust fhm ape yg sy smpaikan..

sy andaikan ust mmg marah dr.maza dlm beberapa hal mungkin atas kesilapan dr.maza sndiri..tp gaya ust sndiri seolah2 ingin 'cari pasal'.

sy berharap golongan2 mcm ust ni perlulah sntiasa berhemah.

akhu_hurairah said...

to dtecconan.

1. soal pegang lilin krn memprotes, tuntut keadilan dan memperingati si mati adalah budaya CINA.
bukannya agama Buddha.

2. kalau begitu apakah haram tindakan menyiram air dgn bunga2 di kubur? apakah ia sebahagian dari islam?

3. di negara cina org yg beragama islam juga amat sinonim dgn lilin bahkan semasa menyambut adilfitri mereka juga menggunakan lilin.
juga digunakan utk tujuan mengingati sedara mereka yg mati.

4. tetapi ia secara kebetulan sama pula dgn cara kristian.

Ahmad Pazil Md Isa said...

maharajatoga

1. walaupon budaya tetapi kalau bertentangan dengan ISLAM, lebih baik dijauhkan. janganlah sebab itu budaya org Cina, kita main ikut sahaja. Ingatlah, memegang lilin sebagai protes mungkin boleh, tetapi apabila disekalikan dgn memperingati org bukan ISLAM yg mati kena fikir lain, sebab apa org Cina pasang lilin kita kena tahu, jangan main ikut tanpa sebab, kerana ISLAM anjurkan nak buat sesuatu kena tahu sebab musababnya... tak ada org sesaja nak pasang lilin

2. sebab itula saya kata, FIKIRlah sendiri. saya tak pernah siram air, malahan siram bunga di kubur. itu budaya Melayu pon tak ikut inikan pula budaya org lain.

3. ingatlah, apa yg hendak ditimbulkan di sini ialah apabila berkaitan dgn ' BUKAN ISLAM '. hukum untuk org ISLAM dgn BUKAN ISLAM mestilah berlainan. adakah kita boleh membaca al-FATIHAH kepada mayat BUKAN ISLAM? sedangkan ISLAM anjurkan, kita hanya perlu menziarahi sahaja sudah cukup

4. antara kristian dan buddha, satu drpd agama samawi dan satu drpd hasil manusia sendiri. jadi, fikir2kanlah.... yg mana lebih baik, org yg menyembah berhala ataupon org yg beragama samawi?

akram said...

assalamualaikum

ustaz ingin sy mendapatkan kepastian tentang hukum jikalau sy terlibat dengan forex?

Anonymous said...

Berputar belitlah kamu sementara masih berada didunia fana ini. Kalau lilin masih buta di dunia diAkhirat buta lah nanti. Hidup bukan simbolik mesti betui betui.
dapatkan Nurrrrrrrrrrrr bukan nur lilin.

Anonymous said...

jgn gunakan nikmat Allah sperti lidah jari-jemari dan ilmu utk mnegakkan hal yg salah. Rasulullah SAW amat2 pantang jika amalan yg mnyerupai org kafir. Cth: Puasa 'Asyura dan puasa bsahur. boleh ke kite bg alasan "hanya utk suka2" dahtu kuarkan ayat Quran dan hadith plak tu? Bhati2 dgn hadith nabi kerana nabi pernah pesan "jika kau kata ssuatu yg aku x pernah kata maka tempahla tempatmu di neraka". Dan, igt jg apa yg tertera di dlm Furqan al-Haq "jgn kau menjual ayat2 Quran dgn harga dunia yg murah!"...lbh kurang mcm tula bunyiknya, sy ni org jahil je tp sy x cuba mbahaskan hal syubhah atau nyata haram. Allahu a'lam.