Thursday, August 9, 2012

Jadual 10 Akhir Ramadan


OGOS


9 Khamis - 8.30pm, Shah Alam, Traweh dan Tazkirah Masjid al-Falah Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

10 Jumaat - 3.45am, Shah Alam, Qiyamullail Masjid Al-Falah, Sri Muda.
12.30pm, Rawang, Tazkirah dan Khutbah Masjid Country Homes.
8.30pm, Sg Buaya, Teraweh dan Tazkirah masjid Ikhwan Sg Buaya serta Qiyamullail.

11 Sabtu - 3.45am, Sg Buaya, Qiyamullail Masjid Sg Buaya.
8.30pm, Sri Gombak, Teraweh dan Tazkirah masjid Sri Gombak serta Qiyamullail.

12 Ahad - 3.45am, Sri Gombak, Qiyamullail Masjid Sri Gombak.
8.30pm, Rawang, Teraweh dan Tazkirah Masjid Country Homes.

13 Isnin - 3.45am, Ampang, Qiyamullail Surau al-Hikmah Hotel D Palma.
8.30pm, Sg Buluh, Teraweh dan Tazkirah Masjid Bandar Baru Sg Buluh.

14 Selasa - 3.45am, Keramat, Qiyamullail Surau al-Falah AU4 Keramat.
8.30pm, Cheras, Teraweh dan Tazkirah Masjid Kg Cheras baru.

15 Rabu - 3.45am, Ulu Klang, Qiyamullail masjid Ridwan Ulu Klang.
6pm, Sijangkang, Ceramah d Tapak Bazar Ramadan dan Iftar d Masjid Sijangkang.
8.30pm, Jalan Kebun, Teraweh dan tazkirah Surau ikhwan Tmn Setia.

16 Khamis - 3.45am, Tmn Koperasi Polis, Qiyamullail masjid Sayyidina Hamzah.
8.30pm, Shah Alam, Teraweh dan Tazkirah masjid al_Nahdah Seksyen 18 serta Qiyamullail.

17 Jumaat - 3.45am, Shah Alam, Qiyamullail Masjid al-nahdah Seksyen 18 Shah Alam.
12.30pm, Bangi, Tazkirah dan Khutbah Jumaat Surau An-Nur Bangi.


18 Sabtu - 3.45am, Selayang, Qiyamullail Masjid Tayyibin Taman Biidara.
6am, bangi, Kuliah Subuh Surau an-Nur bangi.

NOTA - Qiyamullail tamat sebelum 5.15am dan sahur d sediakan oleh penganjur.

Monday, May 28, 2012

Keganasan umno direstu najib, budaya baru melayu?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan mengambil sikap berdiam diri serta tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan. Najib juga cuba melepaskan tanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi umno dengan bertindak demikian.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Johor, Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera).

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat "perbuatan sendiri". Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya "sendiri", sindir Anwar lagi.

Sudah tiba masanya RAKYAT bertindak melakukan perubahan! Berilah peluang untuk PR untuk buktikan kemampuan mentadbir Negara dgn lebih baik... Sekiranya PR gagal lakukan lebih baik dari BN, ambillah semula mandat itu dan berilah pada orang lain yg diyakini lebih baik. Dalam Negara Demokrasi, RAKYAT berhak menentukan nasib sendiri.Jangan biarkan pemimpin-pemimpin jahat dan khianat terus menipu, menzalimi dan merampas hak RAKYAT! Malah lebih malang lagi... pemimpin-pemimpin yang angkuh sombong itu terus menerus mengugut dan menakutkan RAKYAT yang telah memilih mereka...

Monday, February 20, 2012

Anwar Masih Pemimpin Islam

Malaysiakini

Oleh Zabidi Yusoff

Semasa saya menulis ini, Datuk Seri Anwar dan isteri sedang menjadi tetamu kepada dua pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish’al di Doha, Qatar.

Sheikh Yusuf adalah ulamak terkemuka dan juga ulamak buat Ihwanul Muslimin. Khalid Mish’al pula adalah pejuang dan pemimpin Hamas, organisasi yang memerintah Gaza dan dilabel kontroversi kerana dicop organisasi teroris olih Amerika dan Israel.

Tetapi, dengan taktik yang baru, di mana Khalid telah mula berlembut dengan bersetuju akan ‘resolusi 2 negara’ (2 state solution), maka kebarangkali usaha untuk mendapatkan keamanan di rantau itu adalah amat besar.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir, warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar Jamjum dari Universiti King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman, Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Apakah makna ini semua? Kita boloh menjawabnya, dengan pertemuan dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim ini, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan di mana Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel ini terlucut dengan serta merta.

Kedua, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.

Dengan kejayaan ‘Arab Spring’ di Tunisia, Mesir dan Yemen di mana pengisian dari revolusi ini adalah diisi oleh orang – orang Islam yang ada kaitan dengan gerakan Islam, dan juga gerakan gerakan Islam yang liberal dan moderat yang menghasilkan dan mengisi perubahan di Turki, Morocco dan Jordan, kita bolih rumuskan ianya selari dengan usaha yang dibawa oleh Anwar di Malaysia.

Walaupun beliau mengasaskan Parti Keadilan Rakyat parti Islam, tetapi dengan perjuangan untuk keadilan sejagat, hak-hak kemanusian, ‘transparency’ dan ‘accountability’, yang mana ini adalah nilai-nilai Islam yang murni itu sendiri.

Apatah lagi bilamana usaha ini dapat gandigan Parti Islam Malaysia, PAS. Rakyat Malaysia berbilang kaum pula tidak perlu bimbang kerana nilai-nilai sejagat dan juga Islam ini jugalah yang diperjuangkan olih gerakan-gerakan pembaharuan di seluruh dunia sekarang ini sehingga terhasilnya ‘Arab Spring’ di benua Arab.

Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah mereka terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.

Friday, January 6, 2012

Isu DSAI & Imam Mahdi.

Pertama, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang kononnya saya menamakan DSAI sebagai Imam Mahdi. Saya hanya membincangkan potensi DSAI untuk menyatukan Dunia Arab yang mana penyatuan itu adalah syarat penting dlm pembebasan Al-Aqsa.

Kedua, Potensi DSAI dapat dilihat dari banyak sudut:

1) Dunia Arab menerima beliau sebagai Tokoh Pemimpin Islam yang dihormati. DSAI kini adalah penasihat kepada beberapa buah Negara Arab selain menjadi sahabai baik kepada Syekh Dr Yusuf al-Qardawi (Penasihat Mesir) dan Syekh Abdul Rashid Ghannusi (Pemimpin Tunis).

2) DSAI juga diterima oleh Dunia Islam bukan Arab selain menjada sahabat baik kepada Erdogan (Pemimpin Turki) serta beberapa Pemimpin lain.

3) DSAI juga dihormati oleh Dunia Barat. Selain beliau adalah Professor Pelawat d George Town University, Washington, DSAI sering menyuarakan pendapat di pentas barat dan pendiriannya dalam banyak isu (agama, politik, ekonomi dan kemanusiaan) amat dihormati.

4) DSAI juga dihormati oleh Dunia Timur. Pendirian beliau dalam banyak isu juga sering mendapat tempat.

5) DSAI juga adalah pelopor kebangkitan Islam di Malaysia melalui wadah ABIM sejak awal 70an.

6) DSAI adalah seorang pejuang kemanusiaan yang konsisten sejak awal mudanya bila disumbat dalam ISA kerana memimpin kebangkitan Mahasiswa dalam Isu Kemiskinan di Baling.

Ketiga, saya juga menafikan tuduhan yang kononnya saya "memuja" DSAI secara keterlaluan. Saya hanya sekadar menyatakan pendapat saya tentang potensi yg ada pada beliau. Sekiranya ada pemimpin atau tokoh lain yang lebih berpotensi, SILA tampilkan...

Keempat, saya tidak pernah menyebut nama Imam Mahdi dalam mana2 ceramah saya. Adapun Hadis "Kebangkitan Islam dari Timur", ianya saya sebut hanya untuk menyatakan bahawa tidak mustahil (harus) ada orang dari belah Timur ini yang akan bangkit menyatukan ummat, dan pada masa ini yang paling berpotensi adalah DSAI.

Sekian dan Salam hormat!