Monday, May 28, 2012

Keganasan umno direstu najib, budaya baru melayu?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan mengambil sikap berdiam diri serta tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan. Najib juga cuba melepaskan tanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi umno dengan bertindak demikian.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Johor, Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera).

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat "perbuatan sendiri". Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya "sendiri", sindir Anwar lagi.

Sudah tiba masanya RAKYAT bertindak melakukan perubahan! Berilah peluang untuk PR untuk buktikan kemampuan mentadbir Negara dgn lebih baik... Sekiranya PR gagal lakukan lebih baik dari BN, ambillah semula mandat itu dan berilah pada orang lain yg diyakini lebih baik. Dalam Negara Demokrasi, RAKYAT berhak menentukan nasib sendiri.Jangan biarkan pemimpin-pemimpin jahat dan khianat terus menipu, menzalimi dan merampas hak RAKYAT! Malah lebih malang lagi... pemimpin-pemimpin yang angkuh sombong itu terus menerus mengugut dan menakutkan RAKYAT yang telah memilih mereka...