Tuesday, December 20, 2011

Mahathir Berbohong lagi.

Membidas Hipokrasi Tun Dr.Mahathir

Telah sekian lama Dato’ Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato’ Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato’ Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato’ Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato’ Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato’ Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato’ Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato’ Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0

2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim