Friday, July 3, 2009

Sedikit Petua...

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


dinukilkan semula oleh

Http://drbadrulamin.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...

Saya tak nak komen apa-apa..cuma saya sebenarnya rindu dengan ceramah ustaz..kalau dulu ustaz kerap keluar dalam tv forum perdana dan saya boleh dikatakan tidak pernah miss untuk mengikuti forum tersebut bersama keluarga.tapi sekarang segalanya berubah..saya dan keluarga tidak lagi meminati forum perdana kerana kebanyakkan penceramah-penceramah baru semacam tidak telus dalam menyampaikan dakwah,isinya penyampaian macam tersekat-sekat,penyampainnya kurang berkesan..intonasinya lembab..pegolahan ilmu kurang mantap...kalau dulu bila ustaz bercakap..menusuk hati jiwa saya..kadang2 air mata mengalir rasa keinsafan...apakah sistem dakwah sekarang sudah memasuki kegelapan ustaz...beberapa lagi rakan-rakan penceramah bersama-sama sezaman ustaz dulu iaitu seperti dato' ismail kamus, tuan ibrahim tuan man, dr.haron din dan lain-lain.kaqlau dulu saya adalah penyokong umno tapi saya boleh terima forum perdana usata..dan sekarang saya sudah masuk pas.

ustaz,kenapa tiada kaset-kaset ceramah ustaz sekarang..adakh kena banned atau ustaz sudah tidak aktif berceramah.yang ada dengan saya sekarang hanyaklah zikir munajat ustaz.saya sentiasa mendengarnya..tak kira di mana dalam kereta atau di rumah..air mata pasti akan mengalir bila mendegar alunan zikir ustaz..kenapa ustaz-ustaz yang keluar dalam tv sekarang tidak lagi sehebat ustaz..adakah benar kenyataan ilmu semakin berkurang di telan zaman...

satu ketika, saya ada mendegar ceramah dalam youtube..ustaz ada menggunakan kata-kata yang agak keras ke atas dr.asri,ex mufti perlis..tapi itu saya tidak hairan...pada saya setiap manusia ada kekurangnya.....kadang-kadang kesilapan kita lakukan tanpa kita.
sedari..


sekarang ustaz sudah menjadi YB. teruskan usaha berdakwah dan perjuangan ustaz demi membela agama tercinta di asmping membela nasib anak bangsa dan negara...

semoga usataz terus aktif berdakwah...sampai jumpa lagi...

sekian

dari

malik
mshaiful_82@yahoo.com

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr Malik. Saya masih dan i`allah akan terus berdakwah... semaklah jedual kuliah saya & jika ada kelapangan jemputlah hadir bersama keluarga dan sahabat2... Dunia dakwah memang penuh cabaran tapi dengan sokongan sdr, saya & rakan pendakwah yang lain akan terus kuat istiqamah melaksanakan amanah ilmu... Salam.

Blog Piala Kemenangan said...

salam perkenalan dari saya pak,bila ada waktu mampir ke blog saya ya,tolong kritik dan saranya,you re the best!!!!

WebHPA4online said...

Tahniah Kepada Semua.Teruskan Perjuangan 'Islam Mendepanan"


drp: http://www.hpa4online.com/?id=dba