Wednesday, September 28, 2011

Inggeris Bukan Penjajah???

Bila pemimpin umno kata "Negara kita tak pernah dijajah... Inggeris datang untuk mengurus negeri atas jemputan Sultan..." Apa maknanya?

Maknanya:

1) Semua yang menentang Inggeris adalah pengkhianat. Ini termasuk Guru-guru pondok dan Orang2 Agama serta Tokoh2 tempatan.

2) Hanya 1 kumpulan sahaja bukan pengkhianat iaitu umno kerana meraka tidak menentang tapi berkerjasama dengan Inggeris.

3) Pewaris sah negeri ini hanyalah umno sbb Inggeris serah negeri pada mereka...

Akhirnya... mereka sampai pada kesimpulan berikut...

4) Jika yang menentang Inggeris adalah pengkhianat dan dihukum, maka yang menentang umno juga adalah pengkhianat dan perlu dihukum...

Ulasan: Demi kepentingan... umno sanggup:

1) Tukar fakta sejarah dan menipu rakyat terutama generasi akan datang.

2) Khianati pejuang agama dan bangsa yang telah mengorbankan harta jiwa raga mereka menentang penjajah (Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi, malah Dato Maharajalela yang membunuh Birch di Pasir Salak juga kini dianggap pengkhianat...)

3) Menyanjung komunis hari ini kononnya dah baik tidak macam dulu. (Sehingga ada yang berbaik dgn Parti Komunis China dan ada pula yang nak berbesan dengan pemimpin komunis).

Ingatlah! bangsa yang dihormati adalah bangsa yang menghormati sejarahnya sendiri...

Salam Perjuangan...
drbadrulamin.blogspot.com

Thursday, September 8, 2011

Al-marhum Ustaz Ahmad Indera Al-Hafiz...

MAT INDERA

Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh sesetengah golongan pemuda fanatik.

Apakah Mat Indera seorang pengkhianat bangsa?

Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dengan PKM, tapi yg jelas, beliau bekerjasama dengan PKM bukan kerana hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis tapi adalah untuk menghalau British daripada bumi ini. Beliau berjuang untuk memerdekakan Tanah Air tercinta.

Apakah cara beliau itu salah?

Sebelum kita manjatuhkan apa-apa hukuman, satu kajian oleh pakar-pakar sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya. Kita tidak boleh hanya membaca sejarah yang diwarisi dari penjajah. Memang ada fakta sejarah yang salah telahpun kita perbetulkan contohnya "Bugis" yang dianggap lanun oleh penjajah.

Mat Indera menyerang balai polis Bukit kepong sekitar tahun 1950, harus difahami, bahawa POLIS ketika itu berkhidmat untuk kerajaan British, kesetiaan mereka adalah kepada Queen of England dan Kerajaan British. Mereka taat dan patuh apa saja perintah kerajaan British. Mereka berjuang untuk "ketuanan penjajah".

Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di rantau ini. Oleh itu, sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbol kekuasaan British". Jangan sesekali kita terkeliru dengan POLIS zaman pasca Merdeka. Kini Polis adalah simbol kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia, mereka berkhidmat dan setia kepada Kerajaan Malaysia.

Jangan sesekali kita samakan status Polis kini dengan status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan, dibunuh atau membunuh. Mat Indera pastinya ada sebab yang kuat untuk menyerang balai polis Bukit Kepong itu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu itu dengan menyerang mana-mana Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni. Ada sumber mengatakan bahawa sebelum tragedi itu, telah diadakan satu pesta (minum dan mabuk) d balai polis tersebut (perlu pengesahan lanjut). Dan ini tidak mustahil kerana budaya minum (dan mabuk) dalam majlis rasmi hanya dapat dihapuskan dlm negara ini di tahun 80an.

Balai Polis kini adalah simbol kekuasaan Malaysia, sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British. Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang Mekah dan menawan Mekah pada tahun 8 Hijrah. Bolehkah kita kata Rasulullah (saw) itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan Mekah? Tentu tidak! Kerana baginda bukan menyerang Mekah disebabkan "Mekah"nya dan bukan bukan juga disebabkan "Arab"nya tetapi kerana Syirik dan jahiliyyahnya walaupun yang diserang itu adalah bangsa malah kaum keluarga baginda sendiri.

Namun situasi kini tentu berbeza. Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.

Kenapa dalam dua perkara yg sama, tapi berbeza hukumnya?

Apapun... Yang jelas, Almarhum bukanlah seorang komunis... Kerana komunis tak baca apa lagi hafal Quran... Hari ni ramai pemimpin bukan saja tidak hafal atau tidak baca... malah mereka tolak dan hina Quran... Renungkanlah...