Thursday, July 23, 2009

Hukum Minyak Wangi ber Alkohol.

Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?

A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak - najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram". Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...

Wallahu a`lam.
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

6 comments:

akram said...

assalamualaikum,

ustaz saya keliru dengan doa as-syifa' dan selawat as-syifa'
ade yang mengatakan ia sesuatu yang bidaah. adakah terdapat hadis tentang selawat as-syifa'?

Dr. Badrulamin Bahron said...

Selawat al-Syifa hanyalah doa... tidak ada salahnya. Isu bid`ah mambid`ah janganlah dibesarkan malah jangan dilayan... Banyak lagi isu penting umat yang tidak selesai... Pemimpin rasuah, salah guna kuasa, perpecahan dll... Jika ada lagi orang timbulkan isu bid`ah dalam perkara remeh temeh seperti doa, talkin, tahlil, zikir dsb... janganlah dilayan... Hanya buang masa... T.kasih. Salam.

paloi bin mulau said...

saya memang dah lama musykil tentang arak dan alkohol ini. penjelasan ustaz baik sekali. saya bekerja di makmal kimia yg kadang2 terpaksa menggunakan alkohol.

dalam kimia sendiri alkohol adalah satu dari kumpulan bahan organik. bayangkan ethanol yang mengandungi 90% alkohol sedangkan dlm minuman bir cuma mengandungi lebih kurang 5% sahaja.

sbb itu selama ini saya berfikir haramnya arak itu kerana sifatnya yang memabukkan jika diminum. sedangkan kalau ikut sifat kimianya ia sama seperti lain2 kumpulan dalam bahan organik.

akram said...

syukran jazilan ya ustaz

jazakallah khairankasira

Azri (RedMutant) said...

salam...
masih keliru tentang arak & alkohol. Arak wujud disebabkan adanya campuran alkohol..jika tiada alkohol dalam arak maka air tersebut bukan lah arak. Kesimpulannya, alkohol lah penyebab wujud minuman yang memabukkan. Soalan saya, alkohol sebenarnya dikategorikan sebagai sumber yang haram ataupun halal? jika haram, kenapa minyak wangi beralkohol boleh dipakai semasa sembahyang?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

ustaz,apa hukummnya kalau sembahyang dan di dalam tempat kita bersembahyang itu ada arak?adakah sah?