Wednesday, July 15, 2009

Apa Hukum Dividen ASN/ASB?

Ini satu lagi persoalan lama yang sering ditanyakan. Halalkah atau haram?

Latar belakang: Pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa wang ASN/ASB dilaburkan dalam perniagaan yang halal, oleh itu menyimpan wang disitu adalah halal dan dividennya juga halal. Demikian yang ditegaskan oleh pihak yang bertanggungjawab ketika ASN/ASB mula dilancarkan.

Macamanapun, pada hakikatnya masih ramai yang ragu dengan jaminan tersebut. Ramai yang tidak yakin kerana berbagai cerita tersebar yang kononnya ASN/ASB juga terlibat dengan saham arak dan judi yang menjadi salah satu tunggak kekuatan ekonomi negara ini.

Halalkah atau Haram? Mudah sahaja... Rujuk balik perbincangan kita tentang Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tinggalkan apa yang meragukan, buatlah apa yang tidak meragukan". Maka pasti kita temui panduan bagi menjawab persoalan diatas... Jika yakin, buatlah tapi jika tidak yakin maka elaklah.

Q: Bukankah kerajaan sudah beri jaminan? Jika tidak halal maka kerajaanlah yang tanggung...

A: Benar, jika memang ia haram maka kerajaanlah yang tanggung dosa kerana menghalalkan yang haram tapi kitalah yang menanggung kesan akibat memakan wang yang haram itu... hati jadi gelap, berkarat, degil... dan yang paling kita takuti ialah hilangnya keberkatan dalam diri, pasangan (suami isteri) dan keluarga...

Berhati-hatilah...

Salam hormat.
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

3 comments:

member pencen keramat said...

ASN=AMANAH SAHAM NERAKA

KALAU YANG HARAM TETAP HARAM JANGAN CARI HADIS-HADIS YANG DOIF UNTUK MENGHALALKAN NYA,

Anonymous said...

PAS kata kat orang tak sedar diri macam nie ke pejuangan islam, apa orang buat semua buruk tapi dalamk ain sendiri takm au tengok..... hanya allah sahaja yangd dapat menghukum orang seperti orang2 yang tak tau syukur.

Anonymous said...

Assalamualaikum!.
Pelaburan Asb = niagaan wang atas wang = RIBA

Baca Al-Quran, panduan hidup kita,
Jelas dinyatakan dalam Al-Quran RIBA itu haram.Ini adalah kata2 dari Allah, bukan dari saya.
Surah Al-Baqarah Ayat 275 Hingga 279(Tengok terjemahan/tafsir kalau anda tak faham bahasa Arab)

KURANGkan tgk pendapat orang di blog/forum, BANYAKKAN baca Al-quran dan fahamkan isi kandungannya.

Korang mungkin cakap 'tapi FATWA cakap harus'
Korang nak ikut fatwa yang dibuat oleh manusia atau mufti yang terdiri dari golongan manusia atau nak ikut Al-Quran KitabullahRaibaffi(Kitab yang benar dan tidak boleh dipertikaikan lagi) yang diturunkan oleh Allah S.W.T ?

Dalam rukun iman...
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Al-Quran
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

Dalam Rukun Iman takde percaya kepada mufti/fatwa/blog/forum kan?


Wassalam