Wednesday, July 1, 2009
Air Mineral Merbahaya?
Sudah lama orang bertanya tentang air mineral yang didakwa mengandungi air holy water. Berbagai kisah yang dipaparkan untuk meyakinkan dakwaan itu. Ada yang lengkap beri nama produk seperti Al-Mansur, Al-Mubarakah, Al-Barakah, Bestari dan bermacam lagi. Apa pendirian kita?
Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".
Dalam hal ini bukan hanya air mineral tapi banyak lagi benda yang meragukan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang perlu dihindarkan. Ini termasuk produk-produk yang jelas tertera logo halal tetapi sering dipertikaikan statusnya. Apa lagi dalam keadaan hari ini dimana industri halal tidak diurus oleh orang yang kenal dosa dan pahala tetapi orang yang hanya tahu menghitung untung rugi semata...
Hadis diatas jelas menyuruh kita meninggalkan apa saja yang meragukan kerana ia termasuk dalam kategori samar atau "syubhat" yang boleh membawa kepada hukum haram. Oleh itu jika kita ragu dengan sesuatu minuman atau makanan atau apa saja, maka elakkanlah. Banyak lagi pilihan minuman dan makanan lain yang ada di pasaran. Berusahalah mendapatkan yang terbaik untuk keluarga kerana usaha mendapatkan yang terbaik itu adalah jihad. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Mencari yag halal itu adalah satu kefarduan..."
Dalam Islam kita dianjurkan melakukan sesuatu atas dasar yakin tanpa sebarang keraguan. Keraguan akan menimbulkan "was-was" yang mebuka pintu iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadah kita. Dalam surah an-Nas Allah berfirman merintahkan kita berlindung dengan Nya dari gangguan al-waswasil khannas yang ditiupkan dalam hati manusia oleh Jin dan Manusia...
Was-was akan mengganggu hati dan hati yang was-was akan mengganggu ibadah. Ibadah jadi tidak khusyuk malah boleh menyebabkan seseorang itu malas melakukannya. Berusahalah kita mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga moga hati terus sentiasa bersih sebagai persiapan menemui Allah...
Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ustaz, pada 29 Jun 2009 kuliah selepas maqrib di masjid Al Sobirin yang disampaikan oleh ustaz boleh tahan juga poins nya tetapi untuk pengtahuan ustaz, masjid tersebut baru aja diambil alih oleh AJK yang baru, dan ustaz banyak mengeluarkan mengenai politik, saya banyak mendapat rungutan dari ahli jemaah yang pro BN,oleh yang demikian saya dengan penuh hormat minta ustaz kurang mengenai politik kerana kita baru nak mendidik merekaagar mereka lembut dan menyokong kita PR
Sekian mohon maaf dari saya.
Ilmu Politik Islam tidak salah, malah ia perlu diajar di masjid2... Apa yang saya sampaikan hanyalah kaedah2 umum Politik Islam (Siyasah Syar`iyyah) dengan mengambil contoh2 yang mudah yang ada depan mata kita seperti masalah rasuah, fitnah dan perpecahan... Bagi penyokong tegar BN, apa pun juga pendekatan kita mereka tidak akan terima (samada lembut atau keras). Saya berpendapat kita perlu juga sampaikan ilmu itu kepada mereka walaupun saya tau mereka belum boleh menerimanya hari ini (esok mungkin mereka terima)... Kerana, jika kita tidak sampaikan maka selamanya mereka tidak akan tahu dan faham... Terimakasih. Salam.
Assalamualaikum..
i have a little bit kemusykilan about sister in Islam especially in Malaysia..
boleh tak ustaz tolong nyatakan pendapat ustaz tentang sister in Islam ini..
Post a Comment