Wednesday, January 20, 2010

Isu Nama Allah - Apa Semua Ini?

Akhirnya Menteri keluarkan "Fatwa" - Orang bukan Islam di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah boleh guna nama Allah....

Adakah status Allah berbeza menurut zon? Apa semua ini? Mudah sahaja... Apapun jua yang dilakukan oleh Umno adalah semata2 untuk kepentingan dan survival politik mereka yang sudah berada dipenghujung jalan.

Diperingkat awal, Umno ingin melaga2kan antara PAS dan DAP untuk memecah belahkan PR, tapi tak menjadi. Kemudian Umno ingin melaga2kan antara kaum dan agama agar jadi rusuhan supaya dia boleh rampas negeri S`ngor atas apa jua alasan, juga tak menjadi (sama dengan provokasi kepala lembu, arak dll). Umno juga ingin menunjukkan bahawa dialah juara pembela Allah, juga tak menjadi dan akhirnya BN sedar dia kehilangan banyak sokongan dikalangan orang bukan Islam di Semenenjung lebih2 lagi di Sabah dan Sarawak...

Apa pula alasan mereka kini bila membenarkan orang bukan Islam guna nama Allah di 4 buah negeri? Adakah cukup hanya dengan mengatakan bahawa negeri2 tsb tidak punya Sultan? Bagaimana dengan Melaka?

Sebenarnya isu nama Allah punya strategi serampang dua mata. Selain yang disebutkan diatas, ia juga untuk menutup sekian banyak isu yang menghantui pemikiran rakyat seperti isu kenaikan harga barang, isu rasuah & ribuan juta ringgit yang dirompak, isu kehilangan injin jet, isu Felda & penipuan perahan minyak sawit, isu GST (cukai yang akan membebankan rakyat), isu pelajar sekolah berasrama penuh yang terpaksa balik rumah tiap hujung minggu kerana tak cukup duit nak dibagi makan, isu kos PLKN, isu YBK di Selangor, isu jenayah dan banyak lagi.

Dan yang paling utama ialah untuk menutup isu Mahkamah Syari`ah dan Qazaf atas fitnah jahat dan busuk saiful serta perbicaraan Anwar 25 Jan ini. Sampai bilakah fitnah ini akan terus menyelubungi kita? Ingat! Perpecahan dan permusuhan kita akibat fitnah '98 hingga kini belum selesai. Dengan kes saiful ini, berapa tahun pula kita akan bermusuh?

Marilah... Atas nama Allah Tuhan semua... Kita tolak fitnah dan orang2 yang menegakkan fitnah... Bersatulah atas nama Islam dan kemanusiaan...

Salam ukhuwwah.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam ust,

menteri skang dah pndai berfatwa, ikut kawasan pula. masalah kalau tak faham agama ni...berkata ikut sedap rasa.

lyll said...

Bagi saya ia adalah penghinaan kpd SPB Yang Dipertuan Agong... sbb SPBYDPA adalah ketua agama bagi negeri yang tiada bersultan/raja. Maknanya. bukan menteri yg boleh beri izin, ia masih tertakluk kpd SPBYDPA

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

saya rasa ustaz ,saya hendak moemohon lesen pusat pelacuran... cukai boleh digunakan membayar gaji.. pelacuran boleh di kawal..

ustaz jika sempat jumpa mufti perak tanya dia pasal kes dsai..

selamat berjuang