Monday, January 4, 2010

Allah & Konsep Tauhid

Allah - Rabbul `alamin, Tuhan seluruh alam... Tuhan semua makhluq... Tuhan orang Islam dan Tuhan orang bukan Islam.

Cuma beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah konsep Tauhid. Dalam Islam "Tiada Tuhan selain Allah" sedang dalam agama lain "Allah itu Tuhan & yang lain pun tuhan juga" (konsep banyak tuhan). Dalam X`tian ujudlah istilah bapa tuhan dan anak tuhan. Dalam agama lain ujudlah konsep dewa2 sbg tuhan...


Yang Allah perintahkan - bukan pertahankan nama Allah tapi pertahankan Tauhid. Tiada gunanya pertahan nama Allah tapi kita tetap syirik dengan mendewakan pangkat & harta. Tiada makna pertahankan nama Allah tapi hukum Allah dipermainkan. Halal dan Haram Allah tidak diperdulikan... Rasuah & fitnah terus jadi amalan... Kezaliman jadi kebanggaan...


Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

6 comments:

Dari Jalan Kopi said...

setujulah dgn saudara.

cometta said...

vote +1

ygbenor said...

Tepat sekali pendapat YB. Period.

Anonymous said...

ringkas dan padat........

warisantmk said...

Dr Badrul Amin,

Bukankah kita sudah boleh jangka, jika dibenarkan, orang Kristian akan mengatakan ALLAH adalah 'God the Father' atau 'Tuhan Bapa'.

Bukankah ini seolah-olah kita MEMBIARKAN orang Kristian menghina ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa, dengan amalan SYIRIK mereka?

Bagaimana Dr nak pertahankan TAUHID, kalau kita beri peluang kepada golongan Musyrikin Kristian mensyirikkan Allah, Tuhan Semesta Alam?

Anonymous said...

Apa yang anta cakapkan ni Ustaz Badrul Amin? Semua orang dah tahu tu. Allah adalah Tuhan Rabbul Alamin. Isu kontensi sekarang bukannya apa yang Ustaz ulang-ulang mengenai bende-bende yang semua orang tahu. Isunya adakah ustaz bersekongkol dengan mereka-mereka yang mahu mempergunakan Allah padahal Allah pada mereka adalah yang beranak dan beristeri. Org Islam mentauhidkan Allah. Kristian Kafir Harbi mempertigakan Allah. Adakah Ustaz beriktikad seperti mana yang diikitkadkan oleh Herald, iaitu Allah ini sama?

Salah satu tanda seseorang itu mempolitikkan isu adalah apabila menghadapi sesuatu isu, terus melencong ke arah lain dan mecedok fakta-fakta yang tidak ada kene mengena dengan isu yang diperkatakan. Ustaz Badrul Amin tidak terlepas dari sifat yang bobrok ini. Orang sedang hangat memperkatakan isu mentauhidkan Nama Allah, Ustaz pula sibuk hendak mempolitikkan isu ini dengan kona tempat lain, nak tanya mempermainkan hukum Allah pulak. Kalau boleh, nak kona-kona nak kenakan UMNOOOOOO saja.

Pada saya, Ustaz belum lagi mencapai kematangan politik asas untuk berjaya. Politik ustaz adalah politik benci. Kebencian yang kadangkala mengelabui mata ustaz sendiri dari meninjau jauh tentang impak yang Ustaz perkatakan sekarang ini.
Pernah ustaz mencanangkan dalam video bahawa Dr Asri itu adalah bapa syaithan. Dalam video tersebut, mata ustaz merah bersinar dengan politik benci yang saya sebut tadi, dan gigi ustaz terketam dengan kebencian tahap maharaja. Itu dengan seorang alim ulamak tu. Kalaulah tahap kebencian yang ada pada diri ustaz ketika itu di-channelkan kepada Kit Siang pencinta Chin Peng ker, Elizabeth Wong pencinta zina ker, Teresa Kok pembenci melayu dan jawi dan azan ker ... agaknya terlalu tinggi ruh kebencian itu hinggakan boleh musnah mereka-mereka itu dalam tidur mereka. Tapi ini tidak. Nak channelkan kebencian kepada mufti, kepada pentauhid seIslam yang berpuasa, berzikir, bersolat. Agak-agaknya, Allah SWT bersekongkol tak dengan Ustaz Badrul dalam kebencian ini?

Bagaimana pula dengan Ustaz Haron Din? Ker benci jugak? Fatwa kufur dia, adakah Ustaz setuju? Bagaimana pula pendapat YB yang separti dengan ustaz: Zul Kulim. Tidak setuju jugak kah?

Ustaz, dalam tulisan saya ini tidak didapati mencarut, mengeji dan mencemuh. Jadi kalau ustaz rasa keberatan untuk menyiarkan tulisan saya ini, maka bukan lah sebab2 itu. Yang ada cuma mengeluh, mengkritik tajam. Kritik-kritik pun tidaklah sedahsyat memanggil seseorang itu celaka atau syaithan besar dsbnya, jadi kalau ustaz rasa keberatan untuk menyiarkan surat ini, ustaz memang seseorang yang kecut untuk menghadapi perbalahan faktual.

Kalau ustaz benarkan pun masaalah juga, kerana dengan itu saya akan terus menerus datang ke halaman ustaz ini mempertikaikan dengan hujjah-hujjah dan fakta-fakta yang lebih kuat mengenai pendirian orang-orang seperti Ustaz.

Walau apapun decision ustaz, di blog-blog lain akan saya publishkan juga.

Wassalam

Ahmad Alfian