Monday, June 22, 2009

Makan Minum Halalan Tayyiba Jadi Ubat.

Satu hari Imam Imam Malik menjamu Imam Syafie yang bertamu kerumahnya. Imam Syafie makan dengan banyak hingga jadi tandatanya pada anak Imam Malik. Bila ditanya oleh Imam Malik maka Imam Syafie berkata "Makanan yang kau hidang adalah ubat kerana ia bukan hanya halal, tapi dimasak oleh isterimu seorang yang baik, dihidang oleh engkau sendiri seorang yang baik, dimakan dirumahmu tempat yang baik, bersama orang yang baik... Aku makan banyak untuk berubat".

Bagaimana jika makanan itu halal tetapi dimasak oleh oleh orang yang tidak baik atau fasik (tidak solat, tidak jaga hukum-hakam pakaian dan pergaulan)? Atau dihidang oleh orang yang tidak baik atau dimakan ditempat yang tidak baik bersama orang yang tidak baik? Jelas ia adalah racun. Bayangkan bagaimana pula jika makanan itu tidak halal... Sudah tentu ia membunuh hati. Bila hati mati... rosaklah manusia... Kerana manusia itu jadi baik selagi baik hatinya...

Pengalaman saya bertamu kerumah Tuan Guru Nik Aziz... Alangkah bahagianya kerana Tn Guru sendiri yang mengangkat minuman. Ketika Tn Guru keluar membawa dulang gelas dan air, kawan yang duduk disebelah saya ingin bangun menyambut dulang tersebut tetapi saya halang. Setelah pulang, kawan saya bertanya mengapa saya menghalangnya maka jawab saya "...bila Tn Guru yang hidang, air itu jadi ubat tapi jika engkau yang menghidangnya..." belum sempat saya menghabiskan ayat saya, kawan saya sudah faham dan berterima kasih pada saya kerana ia juga perlukan "ubat" itu...

5 comments:

hadijah said...

salam Dr. Badrul, saje nak tanyer, Dr. dah join HPA, syarikat yang mengeluarkan makanan/barangan halal dan toyyiba?

wsm, hadijah hassan, sri kembangan

Dr. Badrulamin Bahron said...

A`lillah... isteri dah lama join. kami dah lama guna produk HPA... salam.

MCH said...

ZUMRAH BT HUSNI, ID HPA : 297991.MY01 .Gunalah ID ini jika mahu mengunakan Produk HPA. Juga boleh jadi id ini sebagai Penaja ANDA. http://www.hpa.com.my

Dr. Badrulamin Bahron said...

Mahadi ke tu? Apa kabar? Datang ke manik urai? Jumpa di sana... umi dtg lewat sikit... Salam.

mahadi said...

salam ust, umi & keluarga, insyallah kita jumpa di manik urai. drp: mahadi ( http://www.hpa4online.com/?id=dba )