Sunday, June 28, 2009
Perkara Haram yang dianggap Ringan...
Kita sering persoalkan tentang pakaian wanita dan aurat. Halal dan haram tentang wanita... Tetapi jarang sekali kita bicarakan tentang pakaian dan aurat lelaki. Mungkin kerana ada antara kita yang menganggap bahawa lelaki itu bukan simbol seks seperti wanita. Jika itu tanggapan kita terhadap lelaki maka jelas sekali ia salah kerana dalam Islam, hukum tetap hukum. Dan Islam telah menetapkan hukum tentang aurat lelaki dan wanita.
Meskipun ianya berbeza tetapi aurat tetap aurat. Jika aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan maka aurat lelaki hanyalah anggota antara pusat dan lutut (walaupun ada ulamak yang yang berpendapat bahawa mana2 bahagian tubuh lelaki yang menarik perhatian wanita juga adalah aurat seperti dada, lengan dan betis).
Bagaimana dengan emas dan sutera? Hari ini ramai lelaki yang memakai cincin, gelang (termasuk jam) serta rantai emas yang jelas diharamkan Islam. Sabda Nabi s.a.w bermaksud "Emas dan sutera dihalalkan untuk wanita dari umat ku dan diharamkan atas lelaki...". Larangan amat jelas tapi mereka masih memakainya walaupun mereka adalah orang-orang yang mengerjakan solat...
Mungkin saja solat mereka sah kerana memakai emas tidak membatalkan solat tetapi bayangkan bagaimanakah mereka mendekati Allah dalam keadaan melakukan perkara yang diharamkan Allah? Bagaimana mereka berdoa menadah tangan memohon pada Allah sedangkan ditangan mereka ada perkara haram yang menyebabkan kemurkaan Allah? Bagaimanakah doa mereka akan diterima?
Bayangkan selama 24 jam sehari mereka berada dalam keadaan maksiat kerana memakai emas yang diharamkan untuk lelaki memakainya... Bayangkan bangun dan tidur mereka dalam maksiat... duduk dan berdiri mereka dalam maksiat... setiap gerak laku mereka dalam maksiat...
Apakah kita menganggap emas dan sutera itu perkara kecil... atau menganggapnya sebagai fesyen yang sudah diterima oleh masyarakat? Ingat... Haram tetap Haram walaupun semua orang melakukannya... Dan tiap yang haram akan merosakkan hati... Peliharalah hati...
Salam hormat.
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalamualaikum ustaz badrul amin,
saya nak tanya sikit, bagaimana dengan gelang atau rantai yang diperbuat daripada manik/tali/getah/logam(bangle) yang menjadi trend muda mudi sekarang ini. bagaimana dengan hukum memakai aksesori ini? ramai yang mengatakan yang ianya bukan emas, esp.gelang tangan, jadi apa salah memakainya? terima kasih.
Bagi saya tidak salah memakainya. Apa lagi jika ia ada nilai perubatan seperti yang terdapat pada sesetengah gelang samada getah, logam, atau kayu. Jam tangan juga adalah termasuk kategori gelang yang bermanfaat disamping menjadi perhiasan... Cuma nasihat saya, jika lelaki ingin memakai gelang2 itu, bersederhanalah... Janganlah keterlaluan... Kerana ia boleh menimbulkan riak dan rasa bangga diri... Wallahu a`lam.
Assalammu'alaikum Ustaz!!
Saya memakai gelang tangan (bangle silver). Apakah hukumnya?? terima kasih..
Post a Comment