Pertama, konsep yang diamalkan dalam Islam ialah ayat Quran dalam surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama". Maka tidak ada sesiapa boleh memaksa anak itu untuk masuk Islam walaupun ayahnya sendiri.
Pertikaian antara suami isteri dalam soal anak sewajarnya diselesaikan secara perbincangan dan muafakat dalam ruh kekeluargaan atau menurut kaedah agama asal yang telah mengikat mereka atau paling tidak menurut mahkamah sivil yang sebelum ini menjadi rujukan dan sandaran mereka. Mahkamah Syari`ah hanya berperanan menyelesaikan kes suami isteri (keluarga) yang Islam.
Perlu diingat, kisah perebutan anak antara suami isteri berlaku dimana-mana dan di setiap masa dengan 1001 sebab. Jika ada orang menuduh yang "masuk Islam" itu sebagai punca pergaduhan serta perebutan anak, jelas tuduhan itu salah dan tidak berasas kerana krisis dalam keluarga itu telahpun lama berlaku dan hanya menanti saat keruntuhan (perceraian)... Dalam ertikata lain, jika seseorang masuk Islam kerana ingin mencari penyelesaian konflik keluarganya, maka jelas bahawa proses "masuk Islam" itu tidak ada kena mengena dengan masalah keluarga yang berlaku.
Jika ada orang berpendapat, dengan masuk Islam maka dia akan mendapat hak penjagaan anak, itu juga salah kerana tiada paksaan dalam Islam.
Ketahuilah bahawa seseorang itu masuk Islam adalah kerana kerelaannya untuk mencari kebenaran, kedamaian serta keselamatan yang diyakininya. Masuk Islam tidak memutuskan hubungan apalagi kasih sayang ayah-anak walaupun dia sudah tidak boleh bersama dengan isteri atau ibu anak itu.
Apa yang perlu ialah penghayatan Islam sebagai sebuah agama fitrah yang indah. Dengan mempamerkan akhlaq Islam yang baik, suami yang sudah Islam itu (dengan izin Allah) akan dapat menawan hati anaknya (setelah dewasa kelak) malah tidak mustahil juga isterinya untuk bersama dalam Islam.
Islam itu agama fitrah... Ianya mudah diterima oleh siapapun kerana tiap manusia lahir kedunia dengan fitrah... Yang penting Islam itu perlu difahami dengan tepat tanpa rasa prejudis dan syak wasangka.
Salam hormat.
4 comments:
Allah Maha Besar. Mudahan ulama tulen diangkat menjadi pemimpin.......Salam ustaz yang dirahmati Allah idola saya dulu kini dan selamanya.............
saya bersetuju dgn ustaz sbb ustaz adalah org yg berilmu dan mahir dlm hal elwal agama...tp jauh disudut hati saya akan buat perkara yg sama seperti suadara baru kita tu...tak sanggup rasanya melihat anak darah daging kita menganut agama lain selain islam setelah diberikan hidayah...
salam..td bru dgr crmah ustaz kt annur..bkenaan ank ni, kalau anak y blum mumayyiz, ia plu d asuh oleh mak dia kn ustaz??lps dia mumayyiz bru lah kanak2 td bleh mbuat kptsan samada nak duduk dgn mak atau ayh...btol x ustaz?
Sdr halim, tidak semestinya anak yang belum mumayyiz ikut mak. Dalam kes cerai, Hakim akan tentukan. Biasanya mmg dgn mak tapi jika mak rosak akhlaq dan agama, maka Ayah lah yang bertanggung jawab...
Terima kasih atas komen semua. Salam.
Post a Comment