Monday, April 20, 2009

Adil & Ihsan.

Salam sejahtera...

Ayat yang dibaca oleh rakan China kita hingga menggemparkan UMNO dan muftinya ialah Firman Allah dalam surah an-Nahli 16:90 yang bermaksud "Sungguhnya Allah memerintahkan (kita) menegakkan keadilan dan ihsan...". Ayat yang telah kita dengar sejak kecil, sejak kita mula melangkah kaki ke Masjid untuk hadir Solat Jumaat... Malangnya ramai kita yang tidak faham malah ramai juga yang tidak dengar (kerana lambat datang masjid atau sembang atau tidur ketika khutbah) atau buat-buat tak dengar...

Saya bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam tentang ayat tersebut. Apa kata mereka? "Saya tertarik dengan konsep keadilan dan ihsan yang diajar dalam ayat itu kerana ia terlalu hebat..."

Memanglah hebat! Kerana konsep keadilan dan ihsan Islam adalah ciptaan Allah, Tuhan semesta alam... Ianya melampaui batas agama dan bangsa. Orang Islam wajib berlaku adil dan ihsan pada semua - Islam dan bukan Islam. Malah kita wajib berlaku adil dan ihsan pada haiwan, tumbuhan dan semua makhluk. Hatta dalam perang sekalipun, kita wajib berlaku adil dan ihsan pada musuh...

Dalam sebuah hadith Nabi yang panjang, Baginda s.a.w menasihati panglima perang agar bertaqwa pada Allah... Baginda seterusnya menasihati para tentera agar memelihara akhlaq. Antara pesan Nabi - Jangan merompak mencuri. Jangan cabul hak dan kehormatan orang. Jangan bunuh kanak2, wanita dan orang tua yang tidak bersenjata. Jangan bunuh binatang, jangan tebang pokok, jangan bakar rumah, jangan robohkan tempat ibadat... Malah jangan cacatkan mayat musuh... (termasuk jangan kerat mayat, jangan letupkan dll...).

Sungguh hebat! Fitrah manusia manakah yang tidak tertarik dengan konsep keadilan dan ihsan seindah itu? Ingin saya tegaskan sekali lagi... Hanya manusia yang memiliki fitrah haiwan buas sahaja yang akan menolaknya. Hati manusia yang sudah terlalu kotor dah hitam akibat rasuah dan segala macam kejahatan hingga tidak mampu membezakan antara baik dan jahat, salah dan benar...

Moga fitrah manusiawi kita terus terpelihara... Amin.

Salam hormat.

2 comments:

dinderaman said...

classmate saya anak cina kampung telah mendapat A1 dalam subjek agama islam SPM pada tahun 1980 lalu...sudah 20 tahun lalu ramai anak2 cina sudah tahu dan fasih menghafal ayat2 alquraan..kenapa mufti tidak kata haram orang cina belajar islam... persoalan mereka beriman atau memeluk islam selepas itu, kita serahkan kepada Allah....mengapa bila anak cina membaca sepotong ayat quraan dalam ceramah politiknya...ada yang buat gegakgempita membantah..???

Dr. Badrulamin Bahron said...

Tepat sekali sdr... Mukin sbb org umno tak baca quran, tu yang dorang marah bila ada orang bukan Islam yang baca... Yang muftinya pulak jadi bengong tak tentu pasal... dahlah duduk di negeri pasir bedengung... ada sultan bedengung... fatwa pun ikut bedengung... Akhir zaman...