Saturday, April 11, 2009

Kebaikan Islam Untuk Semua

Salam sejahtera.

Dua minggu terlalu sibuk dengan Bkt Gantang dan Selambau. Berbagai isu dibincang dari soal bangsa, tanah, derhaka dll. Namun yang menarik perhatian saya ialah isu orang bukan Islam membaca ayat Quran hingga Dato Mufti Perak keluarkan fatwa bahawa perbuatan mereka itu menghina Islam.

Menghina Islam? Persoalan asas ialah mengapa kita melenting marah bila orang bukan Islam membaca ayat Quran sedang kita tidak rasa apa2 bila semakin ramai orang Islam yang tidak mahu membaca Quran?

Mereka kata - orang bukan Islam membaca ayat Quran secara tidak betul. Saya kata -Berapa ramaikah orang Islam yang belajar Ilmu Tajwid dan membaca Quran dengan tepat sedangkan belajar Tajwid adalah fardu ain (wajib) atas tiap orang Islam yang mukallaf?

Mereka kata - Mereka bukan Islam, kenapa mereka mahu baca ayat Quran? Saya kata - Tanyalah mereka. Saya sendiri sudah bertanya dan jawab mereka "kami percaya dengan kebaikan yang dianjurkan dalam Quran". Salahkah mereka (orang bukan Islam) menerima kebaikan Islam yang diajarkan dalam Quran? Mana satukah yang sebenarnya menghina Islam - Orang bukan Islam yang menerima kebenaran dan kebaikan Islam atau orang Islam yang menolak kebenaran dan kebaikan Islam?

Mereka kata - Kalau mereka percaya dengan Quran mengapa mereka tidak masuk Islam? Saya kata - Itu soal hidayah Allah. Siapa kita untuk bertanya hal itu? Memang betul mereka belum Islam tapi sekurang2nya mereka mahu menerima nilai baik yang dibawa dalam Islam. Bagaimana pula dengan orang yang mengaku Islam tapi menolak ajaran Islam?

Islam adalah agama fitrah dan tiap manusia ada fitrah kerana tiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah... Fitrah manusia yang inginkan kebenaran dan kebaikan satu masa pasti akan bertemu dengan kebenaran dan kebaikan Islam. Hanya manusia durjana (jahat) yang sudah jauh dari fitrah sahaja akan menjauhi kebenaran dan kebaikan Islam.

Bukankah Islam itu rahmat bagi seluruh alam? Mengapa pula kita ingin menghalang rahmat Islam dari dinikmati oleh orang lain? Jika kita enggan menerima kebenaran Islam... janganlah sampai kita menghalang orang lain dari menerimanya...

Salam Hormat.

3 comments:

leaflizard said...

salam ziarah.

ustaz. u r my idol.

Alhamdulilah.

dah lama saya cari blog ustaz, tapi tak jumpa pun.

tapi sekarang dah jumpa la.

hehe.

saya dah ada buku ustaz.

DARI UIA KE ISA.

memang gempak, bila, nak datang ipoh lagi?

nanti2, hebahkan tau.

wasalam.

allias said...

salam dr,
memang agenda kerajaan be end menyesatkan orang melayu khususnya.yg sedih ada melayu yg bulat bulat mahu menerima dakyah jahat be end tanpa berfikir lebih lanjut dan dalam.bila saya kata di universiti dulu ada pelajar cina,india,luar negara yg bukan islam belajar & baca ayat-ayat Quran utk menjadi lebih cerdik dan bijak dlm undang undang islam mereka tidak mahu percaya.mereka itu memang karat.dan mereka itu banyak pula di trong.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr allias, teruskan kerja menyedarkan mereka. Mulakan dgn keluarga kita dulu. Saya yakin jika kita terus gabung tenaga berusaha... Insya Allah kita akan berjaya.

Sdr leaflizard, buku UIA - ISA hanyalah catatan ringkas sedikit pengalaman. Syukurlah jika ia dapat dimanfaatkan. Terimakasih. Insya Allah kita jumpa di Ipoh. Tiap Ahad kedua saya kuliah di Pusat Motivasi al-Taqwa Tmn Meru jam 10 pagi... Jumpa disana... (Sila rujuk jadual kuliah saya)

Salam hormat...