Wednesday, March 25, 2009

Akhlaq dalam Islam

Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya "Tujuan aku diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq". Akhlaq mulia adalah intipati dari ajaran Islam. Orang yang mengerjakan solat, puasa, zakat, haji serta amalan ritual yang lain dalam Islam semestinya memiliki akhlaq mulia bukan sahaja pada Tuhan yang disembahnya tapi juga sesama manusia malah semua makhluq yang ada di alam ini. Bukankah Islam itu rahmat untuk seluruh alam (rahmatan lil`aalamiin)? Mengamalkan Islam akan membawa kabaikan dan rahmat untuk semua...

Berakhlaq pada Tuhan ialah dengan menjaga perintah serta laranganNya. Berakhlaq pada manusia ialah dengan mengamalkan sifat-sifat terpuji dalam pergaulan. Berakhlaq dengan alam ialah dengan memeliharanya dan tidak merosakkannya kerana Islam melarang kita melakukan sebarang kerosakan.

Isu global warming yang amat menakutkan kini adalah berpunca dari tingkah laku manusia. Manusia tidak berakhlaq pada alam. Asap kilang, kenderaan, rokok dll mencemar udara dan alam. Sampah, racun dll mencemar sungai dan laut. Pokok ditebang, bukit ditarah atas nama pembangunan yang rakus dan tamak dengan mengenepikan nilai akhlaq... Akibatnya? Tanah runtuh, banjir dan berbagai bencana lagi.

Ada pemburu ingin mendapat untung cepat dan banyak. Penghuni sungai dan laut di bom, diracun... anak ikan dan udang dibunuh dengan rakus... ibu udang yang sedang bertelur diratah... Akibatnya? Ikan dan udang serta penghuni air pupus...

Krisis ekonomi juga berpunca dari persoalan akhlaq. Orang-orang yang diamanahkan mengurus tadbir ekonomi adalah orang yang tidak berakhlaq. Akibatnya? Rakyat semakin terbeban dengan masalah ekonomi. Puluhan ribu (malah akan cecah ratusan ribu) orang dibuang kerja kerana tidak mampu dibayar gaji yang hanya seribu dua ribu seorang... Sedang dalam masa yang sama ada orang bergaji ratusan ribu sebulan (5.1 juta setahun). Tamak haloba, rasuah, pengkhianatan, penipuan dan segala sifat terkeji itulah yang menghancurkan ekonomi... Benarlah "kekayaan dunia ini cukup untuk manampung keperluan (need) semua, tapi tidak akan cukup untuk menampung tamak (greed) seorang".

Krisis politik juga begitu. Orang-orang yang mengurus kuasa politik adalah orang yang tidak berakhlaq. Fitnah, permusuhan, pembunuhan, rasuah, ugut, culik, blackmail dan segala sifat terkutuk itulah yang menyebabkan kemusnahan politik... Akibatnya? Perpecahan dan permusuhan yang tidak henti-henti...

Apa kurangnya dengan isu pendidikan? Oleh kerana orang-orang yang diamanahkan menjaga pendidikan adalah orang tidak berakhlaq maka berlakulah apa yang berlaku hari ini. Budak semakin bijak tetapi nilai akhlaq semakin hancur... Murid tidak hormat guru, anak-anak tidak hormat ayah ibu dan orang tua, remaja tidak peka dengan keharmonian alam dan persekitaran...

Nabi s.a.w bersabda mafhumnya "Sungguhnya Allah mewajibkan kita ihsan (buat baik) pada tiap suatu..." Ihsan adalah tuntutan akhlaq mulia... Marilah... Tegakkan nilai ihsan dalam diri, keluarga dan masyarakat... Kita akan hidup lebih bahgia...

Salam hormat!

6 comments:

saudarabaharu.blogspot.com said...

Assalammualaikum Dr.

salam ziarah dari saya. Menarik tulisan Dr.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih... moga kita dikurniakan pemimpin yang berakhlaq... Salam.

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Salam..maaf jika salah ruang..cuma nak perkenalkan PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY MALAYSIA..mungkin bermanfaat dan dapat membantu mereka yang bermasalah. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamaualaikum Dr.

Aga kareba????? Madeceng mua??? Sekadar ingin kepastian ttg menjawab salam drp mereka yg bkn Islam............

Sy pernah mendengar bahawa jika mereka memberi salam maka jawapan kta agak berbeza berbanding jwpn kpd sesama Islam........betul ka??? jika

benar...apakah jawapan tersebut???

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah Madeceng...

Quran ajar kita - "jika kamu diberi penghormatan maka jawablah dengan yang lebih baik atau yang serupa..." Oleh itu jika orang bukan Islam sekalipun yang beri salam maka jawablah dengan yang lebih baik atau yang serupa... Dan jawapan kita pada mereka sama dengan yang kita berikan pada orang Islam.

Salam itu adalah doa... Moga2 dengan salam kita... akan terbuka pintu kesejahteraan buat mereka... Dan kesejahteraan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Islam.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih Purat Rawatan Imantherapy... Insya Allah akan dimanfaatkan... Salam.