Tuesday, December 20, 2011

Mahathir Berbohong lagi.

Membidas Hipokrasi Tun Dr.Mahathir

Telah sekian lama Dato’ Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato’ Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato’ Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato’ Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato’ Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato’ Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato’ Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato’ Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0

2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

7 comments:

Anonymous said...

apa punya bangang la.. nama saja ada Dr, tapi bodo... IMF lain Bank Dunia lain..
The IMF and the World Bank
How Do They Differ?http://www.imf.org/external/pubs/ft/exrp/differ/differ.htm

julang la Imam Mahadi hang yang kaki juboq tu.. bebal nak mampuss..

Anonymous said...

Kajian ilmiah yang sonsang lagi menyesatkan umat manusia, syabas Dr !!!

Anonymous said...

anwar juboq lu kaki tibai....haaa sama la tu....tak payah buat blog brother...hancing ada bau la....

najib said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku xbaca pon dia cakap IMF dan Bank Dunia sama?Yang kau pon cakap melulu membabi buta apehal.Mmg pelikla dunia politik zaman sekarang.Susah nak percaya yang mana benar dan salah.Sesungguhnya Allah jua yang lebih mengetahui.Aku harap suatu hari nanti ada seorang pemimpin yang betol2 memperjuangkan kebenaran yang sebenar-benarnya dan juga paling penting perjuangkan Islam.

Anonymous said...

Bagaimana nak memperjuangkan Islam andai tidak ada peradaban sehingga mencemarkan islam itu sendiri kerana strategi dan kaedah yang songsang

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI