Thursday, September 8, 2011

Al-marhum Ustaz Ahmad Indera Al-Hafiz...

MAT INDERA

Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh sesetengah golongan pemuda fanatik.

Apakah Mat Indera seorang pengkhianat bangsa?

Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dengan PKM, tapi yg jelas, beliau bekerjasama dengan PKM bukan kerana hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis tapi adalah untuk menghalau British daripada bumi ini. Beliau berjuang untuk memerdekakan Tanah Air tercinta.

Apakah cara beliau itu salah?

Sebelum kita manjatuhkan apa-apa hukuman, satu kajian oleh pakar-pakar sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya. Kita tidak boleh hanya membaca sejarah yang diwarisi dari penjajah. Memang ada fakta sejarah yang salah telahpun kita perbetulkan contohnya "Bugis" yang dianggap lanun oleh penjajah.

Mat Indera menyerang balai polis Bukit kepong sekitar tahun 1950, harus difahami, bahawa POLIS ketika itu berkhidmat untuk kerajaan British, kesetiaan mereka adalah kepada Queen of England dan Kerajaan British. Mereka taat dan patuh apa saja perintah kerajaan British. Mereka berjuang untuk "ketuanan penjajah".

Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di rantau ini. Oleh itu, sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbol kekuasaan British". Jangan sesekali kita terkeliru dengan POLIS zaman pasca Merdeka. Kini Polis adalah simbol kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia, mereka berkhidmat dan setia kepada Kerajaan Malaysia.

Jangan sesekali kita samakan status Polis kini dengan status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan, dibunuh atau membunuh. Mat Indera pastinya ada sebab yang kuat untuk menyerang balai polis Bukit Kepong itu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong waktu itu dengan menyerang mana-mana Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni. Ada sumber mengatakan bahawa sebelum tragedi itu, telah diadakan satu pesta (minum dan mabuk) d balai polis tersebut (perlu pengesahan lanjut). Dan ini tidak mustahil kerana budaya minum (dan mabuk) dalam majlis rasmi hanya dapat dihapuskan dlm negara ini di tahun 80an.

Balai Polis kini adalah simbol kekuasaan Malaysia, sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British. Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang Mekah dan menawan Mekah pada tahun 8 Hijrah. Bolehkah kita kata Rasulullah (saw) itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan Mekah? Tentu tidak! Kerana baginda bukan menyerang Mekah disebabkan "Mekah"nya dan bukan bukan juga disebabkan "Arab"nya tetapi kerana Syirik dan jahiliyyahnya walaupun yang diserang itu adalah bangsa malah kaum keluarga baginda sendiri.

Namun situasi kini tentu berbeza. Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.

Kenapa dalam dua perkara yg sama, tapi berbeza hukumnya?

Apapun... Yang jelas, Almarhum bukanlah seorang komunis... Kerana komunis tak baca apa lagi hafal Quran... Hari ni ramai pemimpin bukan saja tidak hafal atau tidak baca... malah mereka tolak dan hina Quran... Renungkanlah...

9 comments:

Anonymous said...

RAMAI YG TAHU SIAPA SEBENARNYA MAT INDERA TAPI TERPAKSA MENAFIKANNYA DEMI MENJAGA PANGKAT DAN JAWATAN YG DIBERI OLEH UMNO/BN.

School Of Tots said...

TQ Ustaz kerana perkongsian ini. Sentimen dimainkan kini seolah-olah Mat Indera ialah penyokong komunis & pembunuh polis. Tidak ditonjolkan sebagai penentang penjajah British atau tokoh agama. Sejarah dari perspektif yg berbeza. Mat Sabu berjaya dlm misinya. Rakyat ingin tahu dan akan ambil tahu. Tiada lagi budaya telan bulat2 apa orang cakap.

Anonymous said...

Walau apa cara juga alasan mat indera membunuh org yg tidak berdosa, apa hukumnya. Bkn kah komunis yg tidak mempercayai amalan beragama juga baik bg mat indera bekerjasama?
Ustaz please jgn menyesatkan org dgn kajian sejarah yg baru saudara lakukan itu. Takutkanlah akan balasan Allah.

Danny said...

Ini kes zaman orang melayu baru memahami islam. zaman kini lain. orang melayu telah faham islam lebih mendalam berbanding zaman mat indera. kalau mat indera mudah memalinkan kiblatnya daripada islam dan berkiblatkan fahaman komunis yang tidak percayakan tuhan, yang malangnya ulamak dan cerdik pandai islam zaman ict ni lagi malang kerana begitu mudah bersekongkol dengan musuh islam yang nyata seperti dap dan kini diserap oleh komunis untuk melawan parti lawan semata mata untuk kuasa dan demi memperjuangkan seorang peliwat. benar kata ustaz ini, mat indera wajar disanjung lebih mulia berbanding dengan ulamak ulamak dan cendikiawan islam pas dan pr kini.

Danny said...

Bertaubat dan bermuhasabahlah wahai guruku Dr Badrulamin semoga tempatmu sentiasa di sisi Allah, Tuhanmu dan Tuhanku sebagaimana yang kau doktrinkan kepada kami dalam usrahmu dan ceramahmu dahulu. Danny Lau

akmal said...

betul sebagaimana Utz BadrulAmin mengatakan bahawa perlu diwujud pakar-pakar sejarah bebas dalam mengkaji sejarah Malaysia ini dan khususnya tentang peristiwa Bukit Kepong yang semakin diputar belitkan...Tahniah kepada Mat Sabu yang mencelikkan ramai rakyat negara Malaysia yang sebetulnya hanya percaya bulat2 kepada sejarah Malaysia ciptaan penjajah satu masa dahulu...

Anonymous said...

assalamualaikum semua, saya mengetahui bahawa mat indera adalah seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat. namun apa yang memusykilkan saya, serangan yang dibuat keatas balai polis bukit kepong ( walaupun terdapat sebab pesta arak yang tidak terbukti kesahihannya, turut melibatkan kaum keluarga anggota polis berkenaan. adakah bagi mat indera jika anggota polis berkenaan membuat sesuatu yang mungkar, balasannya adalah memusnahkan seluruh isi balai poli berkenaan. mohon penjelasan.

Anonymous said...

Ingatkan orang yang kurang pendidikan agama saja mudah tertipu dengan muslihat iblis /syaitan laknatullah rupanya orang seperti dr lebih hebat lagi sehingga sanggup mengungkapkan kata keji terhadap bekas mufti perlis dan kebenaran ditunjukkan oleh Allah s.w.t dan mengalahkan yang bathil.lebih baik dr bermunajat sendirian untuk bertaubat daripada terus bersuara yang hanya akan banyak membuka keaiban diri...

Anonymous said...

Inilah contoh ustad yang sesat yang dilaknat kerana perbuatan sendiri yang suka mengkeji dan mengutuk orang lain.