Thursday, February 11, 2010

Kalau Tak Tau... Tanya atau Baca...

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari - Boleh Singkir PM dengan mudah!!
2.11.2010-

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

3 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,


saya ingin bertanya mengenai menggunakan perkataan HIS bagi menggantikan (ganti nama) ALLAH s.w.t yang banyak digunakan dalam buku2 agama dalam english.. kalu dirujuk perkataan HIS ialah kata ganti nama bagi lelaki..


bukankah menyamakan ALLAH s.w.t dengan sifat manusia itu syirik..


jika dikatakan penggunaan perkataan HIS sbgai hanya bahasa..

cuba bayangkan HER digunakan menggantikan ALLAH s.w.t..

terima kasih

diharap ustaz dapat menjawap sedikit keraguaan..

Dr. Badrulamin Bahron said...

Dalam Quran gantinama Allah di gunakan HUWA (Dia - lelaki - kalau perempuan HIYA). Tak da masalah... Kadang Allah guna ANA (aku) kadang NAHNU (kami - ramai)... Takda masalah jugak... Tidak ada seorang pun ulamak fikah atau ulamak tauhid atau ulamak bahasa yang mempersoalkan penggunaan ganti2 nama tsb... Terima kasih. Salam.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

As,kum UB, hanya nak tanya, UB sihat, saya berharap semuga UB sihat Walfiat dengan keluarga, Semua penyokong UB dan PKR salam dengan UB. Saya nak ulas sikit tajuk di atas, Sebenar nya nama Demokerasi hanya di gunakan dalam Perlembagaan, tetapi kalu di luar tak di guna pakai oleh BN dan UMNO. Sama juga YB Pakatan yang keluar Parti, mereka2 semua ini ada lah mata duitan, Mereka semua nanti akan di hukum oleh Rakyat pada PRU ke 13, dan Hukum Allah dalam PRU ke AHIRAT. Wasslam.

Daripada,

Suara Rakyat Kunak.