Friday, January 8, 2010

Isu Allah... Siapa lebih Takut?

Kita bimbang orang Islam keliru dan akan masuk x`tian... Sebenarnya mereka lebih takut akan ramai x`tian masuk Islam kerana penggunaan nama Allah dalam agama mereka. Ini kerana terlalu banyak perkara yang samar dalam agama mereka. Dokstrin trinity mereka amat mengelirukan... Konsep dosa yang diwarisi juga membawa banyak persoalan yang tidak terjawab dan banyak lagi... Selain kalimah "Allah" itu sendiri...

Saya bertanya pada seorang kawan x`tian "Betulkah kamu nak guna nama Allah?" jawabnya "ya". Saya tanya lagi "Kamu kenalkah siapa Allah?" dia teragak2... Saya terus berikan dia terjemahan al-Quran dan saya tunjukkan kepadanya surah al-Ikhlas "Katakan! Allah itu satu. Allah tumpuan segala. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang meyerupai Allah..."

Kini kawan itu telah mula membaca risalah serta buku kecil tentang Allah... Dia benar2 berminat untuk mengenali siapa Allah... Saya terharu... Berapa ramai hamba Allah (samada yang menyembah Nya atau tidak menyembah Nya) sebenarnya tidak kenal siapa Allah?

Ini pula kisah seorang kawan tagged saya - Ada ofis mate chinese provoke saya mengenai isu ni. Jawapan saya mudah... 'Yes, you may use 'Allah' as your God, coz HE is God to everyone... Once you believe it, you are almost a Muslim....' Maksud saya dia kena mengucap juga la and ada pengetahuan ttg Islam. Jawapan saya tersebut membuat beliau terkedu, lalu terdiam... Sebab takut jadi Islam... Saya senyum jer...

Salam (Peace) buat semua...

Http://drbadrulamin.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kelapa mawar said...

salam Ustaz..

di negara kita ni terlalu banyak perkara yang dipolitikkan sehingga masyarakat menjadi begitu keliru..

Di Tawau dan di sabah begitu juga..para pemimpin sibuk dengan perebutan jawatan dan projek yg menguntungkan..isu-isu agama nampak tidak diambil berat..

teruskan perjuangan ustaz..

Muhammad said...

Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : http://wp.me/piAx4-135

PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU http://wp.me/piAx4-13v

Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil : http://wp.me/piAx4-13p