Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum w.w.

Salam hujung Syawwal... Tahniah pada yang telah Raya 6 Syawwal... Yang belum, moga dapat disempurnakan. Jika tidak berjaya tahun ini, moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dangan Ramadan dan Syawwal tahun depan... Amin.

Saya mohon maaf kerana lama x update blog, ramai yang bertanya... Hmmm selain PC rosak, memang terlalu sibuk dengan program Ramadan (pagi petang subuh siang dan malam). Ujung Ramadan ke Sabah seminggu (program di KK dan Raya di Tawau). 3 Okt terima menantu (terima kasih yang sudi datang meraikan majlis di Masjid Faizin Kepong). 10 Okt sekali lagi walimah dibuat di Sabak Bernam. Alhamdulillah kedua-dua majlis lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat membantu... Saya tidak mampu membalas jasa, pertolongan serta pengorbanan semua... Moga Allah mudahkan urusan sahabat semua dunia dan akhirat...

Ramai juga tanya tentang Bagan Pinang... Mudah saja... Itu kerja Allah, ketentuan Allah! Yang kita sedih bukan sebab kalah tapi sebab perangai anak muda bangsa kita yang seolah2 dirasuk setan hingga hilang akhlaq, budi dan hilang agama... Masih ada lagi aksi lucah "liwat" dipamerkan depan khalayak ramai... Ada yang tunjuk punggung menghina Takbir yang dilaungkan... Ada yang pijak lenyek kupiah menunjukkan sikap benci pada golongan yang memuliakan agama... Ada yang melaungkan kata2 hina "pergi jahannam dengan takbir awak..."dan berbagai lagi aksi, slogan yang manyayat hati...

Moga Allah selamatkan kita dari bala bencana Allah... yang jika turun tidak ada siapa (baik yang taat atau yang jahat ingkar) akan selamat kecuali dengan izin Allah...

Salam hormat!
Http://drbadrulamin.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz dan followerz sekelian..
nampaknya perangai anak muda yang menghina golongan memperjuangakan agama setiap kali PRU/PRK semakin menjadi2.. saya pernah bersama ustaz ketika PRK Pmtg Pauh dan sikap anak muda ketika itu pun hampir sama. sedih lihat sikap depa. saya masih ingat lagi ceramah yang disampaikan Ust Hashim Yahya (bekas mufti wilayah). Beliau meyebut Islam ini ada 3 bab.. kira 3 in 1.. 1-aqidah. 2- akhlaq. 3- syariat. dan syariat ni pecah kepada 4 bab. 1-ibadah. 2-muamalat. 3-munakahat. 4-jenayah. kesimpulannya, akhlaq memang perlu dijaga oleh setiap muslim. saya berharap agar golongan atasan PR dapat mentarbiah setiap ahli kita agar menjiwai maksud 'akhlaq' ini dan menterjemahkan dlm setiap aspek kehidupan kita. dan InsyaAllah dapat membuat pihak 'sebelah' menghormati kita semua dan membuka mata depa.. maapkan saya jikalau komen saya ini ada yang tersilap dan serba tak kena.
peace N Justice 4 all !!!!!!!!!

Anonymous said...

salam ustaz dan followerz sekelian..
nampaknya perangai anak muda yang menghina golongan memperjuangakan agama setiap kali PRU/PRK semakin menjadi2.. saya pernah bersama ustaz ketika PRK Pmtg Pauh dan sikap anak muda ketika itu pun hampir sama. sedih lihat sikap depa. saya masih ingat lagi ceramah yang disampaikan Ust Hashim Yahya (bekas mufti wilayah). Beliau meyebut Islam ini ada 3 bab.. kira 3 in 1.. 1-aqidah. 2- akhlaq. 3- syariat. dan syariat ni pecah kepada 4 bab. 1-ibadah. 2-muamalat. 3-munakahat. 4-jenayah. kesimpulannya, akhlaq memang perlu dijaga oleh setiap muslim. saya berharap agar golongan atasan PR dapat mentarbiah setiap ahli kita agar menjiwai maksud 'akhlaq' ini dan menterjemahkan dlm setiap aspek kehidupan kita agar tidak menjadi seperti pihak 'sebelah' itu. dan InsyaAllah dapat membuat pihak 'sebelah' menghormati kita semua dan membuka mata depa.. maapkan saya jikalau komen saya ini ada yang tersilap dan serba tak kena.
peace N Justice 4 all !!!!!!!!!