Tuesday, October 20, 2009

Beza Halal & Haram.

Q. Apa beza makanan halal dan haram? Saya lihat ramai orang yang makan benda haram tapi baik perangainya dan ada yang konon makan benda halal tapi buruk perangai.

A. Pertama... Baik atau buruk sesuatu itu bukan akal yang menentukan tapi agama. Apa yang Tuhan suruh itu semuanya baik dan apa yang Tuhan larang semuanya buruk. Seorang itu suka tolong orang, tidak bohong, tidak fitnah maka dia orang baik, tetapi jika tidak solat maka tidak ada kebaikan padanya menurut agama.

Kedua... Halal bukan sahaja pada bendanya tapi sumbernya. Makan minumnya halal tapi dibeli guna wang haram atau syubhat maka tidaklah halal namanya.

Adapun beza makanan halal dan haram bukan pada sangat unsur zatnya tapi pada unsur ruhaninya. Dari segi rasa, ayam goreng yang tidak halal munkin sama saja dengan ayam goreng yang halal tetapi... makan ayam goreng halal mendekatkan seseorang pada Tuhan (rajin serta mudah beribadat) manakala makan ayam goreng haram menggelapkan hati dan menjauhkan seseorang dari Tuhan (malas solat, malas ngaji dsb.)

"Tidak wajar bagi seorang beriman, jika Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu, tapi dia memilih yang lain..." Al-Ahzab 33:36.

Moga kita patuh dengan paraturan halal dan haram Allah demi kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

salam ustaz

1) solat tasbih tu mcm mane? maaf tanya saya jahil sikit..

2) ustaz da lama ke terlibat dalam silat gayong?

teruskan perjuangan ustaz

Dr. Badrulamin Bahron said...

Panjang nak citer... apa kata datang ke Masjid Faizin Tmn Desa Jaya Kepong 12 Nov ini... Khamis malam Jumaat, kita adakan kuliah maghrib dan zikir munajat diikuti dengan solat tasbih lepas Isyak... Kalau x sempat datang maghrib, isyak pun ok...

Saya terlibat dengan Gayong sejak berada di Kolej Islam Kelang 28 tahun lalu...

Terima kasih...

Qyu RenjyO said...

Assalamualaikum wbt..ya ustaz Badrul Amin..

ana ada kemusyikilan tentang satu article yg ana dpt dr internet.

ana tahu dia cuba menyesatkn umat Islam tp ana kurang arif utk berkata2

Ustaz klo sudi lawat blog sy dan cuba lihat article "Nauzubillahu min za likh.."

http://anthemoflife.blogspot.com/

Unknown said...

Salam ustaz.. ape beza tidak halal n haram..

syazwani shafiqah said...

Assalamualaikum ustaz, saya sekarang belajar di Australia. Saya nak tanya, apa beza daging yang disembelih dengan daging yang tak disembelih. Saya difahamkan kedai daging halal mendapat bekalan ayam yang halal tapi daging ayam tersebut masih ada darah dan urat2 pada daging masih ada darah. Harap saya dapat penjelasan dari ustaz. Terima kasih