Wednesday, September 2, 2009

Jangan Hina Tuhan Orang Lain (Kenyataan Rasmi Biro Agama PKR)

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Inilah garis panduan yang ditetapkan Allah di dalam ayat diatas. Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

Diterbitkan semula:
Http://drbadrulamin.blogspot.com

7 comments:

alias mustapa said...

semua ni berbau rasism yang menjijikkan, menyuburkan lagi kebencian antara kaum, bertopengkan 'islam' untuk mendapatkan simpati muslim yg lain. moga allah menunjukkan jalan yang lurus kpd kita dan mereka. amin.

Anonymous said...

well bile melayu hina bukan melayu dikata racist dan sebagainya tetapi bila bukan melayu hina melayu dikata kebebasan bersuara. What the F...

Inilah nasib org melayu yg terpakse berjuang di bumi sendiri.

alias mustapa said...

-memang kalau bukan melayu hina melayu, pun dikira rascist yang menjijikkan jugak. tapi itu tak releven dgn isu ini.

- kebebasan bersuara mungkin benar. tapi tak bererti bebas menghina, mencaci agama lain, tak menghormati maruah agama lain. itu bukan ajaran islam.

- kenapa perlu marah kat orang india/cina? dah Allah takdirkan mereka lahir sebagai india/cina. apsal kita tak marah Allah, sbb Allah lah yang menjadikan mereka india/cina. tanggungjawab kita sbg muslim ialah membawa mereka kepada islam, bukan menjauhkan lagi dari islam. bukan menindas mereka. Apakah bagus sangat 'melayu' dipandangan Allah? adakah Allah ambil kira siapa yang paling 'melayu'? tidak, Allah hanya memandang orang2 yang beriman dan bertaqwa...

- semoga dengan puasa diramadhan kali ini menjadikan kita lebih bertaqwa. amin...

Anonymous said...

Penduduk Sek 19 tidak tahu adanya kuil berhampiran rumah yg dibeli pd. th.1988.Semasa pindah ada kuil kecil usang dikawasan rendah terbiar digunakan penduduk setinggan dkt jln k/api. Bila mlm gelap, bila hujan banjir. PKNS berjanji kuil akan dipindahkan. Th 2003 PKNS arahkan kuil pindah ke Sek 18, tapi kuil tidak pindah. Th 2005 setinggan pindah. Kuil semakin aktif apabila penduduk dari kawasan lain mula besarkan sedikit demi sedikit selepas bekalan elektrik dimasukkan. Jun 2006 bekalan air masuk kekuil. Ubahsuai besaran dibuat. Persatuan penduduk hantar aduan kpd DYMM Sultan Selangor. 2 papantanda “Tanah Milik PKNS, Penceroboh didakwa” dipasang. Tetapi, ubahsuai dibuat juga sbb mereka tidak didakwa. MBSA britahu campur tangan pemimpin MIC bila di ambil tindakan. Kuil diubahsuai tanpa pelan dan permit PBT. Rumah PKNS sebanyak 16 unit yg lama tergendala masih gagal didirikan ditapak itu. Pd Okt 2006, 7 orang penduduk berjumpa bekas MB DSKT. Sudah banyak aduan tapi jawapan “Tunggu arahan SUK”. Penduduk kecewa DSKT tidak tegas menyelesaikan isu ini. Jan 2007 kuil dah jadi 5 bilik.Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Bila buat keramaian mereka bergendang bising berjam2, ada upacara pemujaan, ada perarakan bawa patung sambil bergendang. Banyak masalah sampingan bila mereka berkumpul ramai disitu. Julai 2007 penduduk hantar aduan kpd Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR. Pada masa itu keramaian besar sedang diadakan. Pd 29/12/2007, MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh ke dalam. April 2008 pihak kuil pasang bendera PAS dan PKR pd notis larang ceroboh. Penduduk diberitau dua2 parti dah sokong kuil tak payah pindah. Julai-Dis 2008 gangguan bising sudah keterlaluan. Keramaian diadakan hingga lewat malam. Kumpulan 303 buat bising, mabuk & berani ugut penduduk bila ditegur. Dis 2008 ubahsuai kuil dibuat lagi. Aduan demi aduan tiada perubahan. Bila keadaan sudah kronik penduduk mohon bantuan NGO. Tetapi NGO Islam yang membantu dituduh membuat provokasi didalangi penyokong UMNO. Rujuk blog AP Shah Alam pd 10/1/2009 Persoalan Kuil 19 & tindakan Pewaris, pd 12/1/2009 Undang2 DS atau BN. Kenapa pihak kuil yg memulakan provokasi kpd penduduk yang AP bela?. NGO dirikan gelanggang elak kawasan diceroboh lagi. Selepas campur tangan NGO kuil senyap sekejap, tapi selepas itu seorg sami India mari pindah kekuil itu. Loceng kuil bising awal pagi. Tak pernah ada sami menetap dikuil itu selama 20 th. 5/5/2009 aduan kpd MB minta kuil pindah. 8/5/2009 YB Adun jwb akan pindah, selesai masa terdekat. Pilihan mereka Sek 23. Bantahan 23 jadi isu Negara. Bila kepala lembu diusung tanda protes semua buka mata. Ramai melenting konon hina agama Hindu. Pengunjung kuil Sek. 19 tidak ambil peduli pun sensitiviti penduduk berhampiran. Gangguan bising berlaku lagi pada Ogos-Dis 2009. Kuil aktif hingga hari ini. Pemimpin Islam amat bertoleransi dengan bukan Islam menyebabkan masalah berlarutan dikawasan majoriti penduduk Islam. Sampai bila masalah selesai? Penduduk Sek 19 menunggu janji PKNS 22 th yang lalu.
Dodi, Shah Alam.

Anonymous said...

Maaf lewat jumpa blog ustaz yang komen isu kepala lembu. Harap Ustaz Dr. Badrulamin yang saya hormati dapat semak masalah Kuil Seksyen 19 melalui blog: pewarisummah.blogspot.com kuilharam.blogspot.com.
Penduduk Seksyen memerlukan bantuan pemimpin Islam mengatasi masalah yang telah berlarutan ini. T.k
Dodi, Seksyen 19 Shah Alam.

Anonymous said...

Maaf lewat jumpa blog ustaz yang komen isu kepala lembu. Harap Ustaz Dr. Badrulamin yang saya hormati dapat semak masalah Kuil Seksyen 19 melalui blog: pewarisummah.blogspot.com kuilharam.blogspot.com.
Penduduk Seksyen memerlukan bantuan pemimpin Islam mengatasi masalah yang telah berlarutan ini. T.k
Dodi, Seksyen 19 Shah Alam.

Anonymous said...

pemimpin islam lebih takut dengan penyembah berhala dari takut kan Allah. nak adil pun biarlah bertempat. memang style org hindu suka buat kuil kat mana2 tempat yang dorang suka. bukan kira tanah org ke tak. pemimpin kena kuat dan tegas. jangan takut kalau betul. bumi ni Allah punya. Allah akn tolong.