Tuesday, June 10, 2008

Antara Minyak & Hati.

Salam keadilan!
Harga minyak naik lagi. Rata-rata orang menyatakan rasa kesal dan marah kerana kenaikan harga minyak ini pasti akan menyusahkan hidup mereka. Fokus perbincangan mereka hanya satu iaitu duit! duit! dan duit! Dimana dan bagaimana nak cari duit untuk terus hidup.
Apakah tidak ada masalah lebih besar dari duit? Bagaimana dengan soal hati? Hati yang resah dan gelisah, hati yang gundah gulana dan berdukacita, hati yang semakin hilang pergantungan pada Tuhan.
Sebenarnya kenaikan harga minyak bukan hanya soal ekonomi tapi juga soal agama dan sosial. Ada orang yang ingin kutip hasil lumayan dengan mudah sekaligus ingin merosakkan nilai-nilai murni dan ketuhanan dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Lahir manusia yang menjadikan duit sebagai Tuhan mereka. Pagi, petang, siang dan malam hanya duit yang difikirkan. Solat dan doanya hilang entah kemana dicelah-celah kesibukannya mencari duit. Zikir barunya hanya duit! duit! dan duit!
Manusia sanggup buat apa saja untuk duit. Menipu, mencuri, khianat, berjudi, rasuah hatta merompak dan membunuh untuk duit.
Suami isteri hilang kemesraan dek sibuk dengan urusan duit. Hilang sudah sentuhan manja dan gurau senda. Hanya yang tinggal, ucapan hai hai & bye bye. Pertengkaran juga sering berlaku kerana masalah duit.
Bagaimana pula nasib anak-anak? Keluarga adik beradik? Ipar duai? Jiran tetangga? Apa akan jadi pada masyarakat dan negara ini? Akan lahirkah masyarakat sejahtera yang diinginkan? Mana dia modal insan yang akan jadi kebanggaan? Anda tau jawapannya. Soalnya sekarang, apa yang patut kita lakukan?
Tanya saya? Jawabnya - tingkatkan kualiti hidup beragama. Banyakkan zikir dan doa disamping mohon pertolongan dengan sabar dan solat.
Ada yang bertanya, apakah dengan zikir harga minyak akan turun atau duit akan datang? Jawabnya tentu 'tidak' atau mungkin 'ya'. Yang pasti, dengan zikir, hati akan tenang. Salam.

3 comments:

Baskoro Adi Prayitno said...

Assalamualaikum.
Saya setuju dengan Bapak... Agaknya nurani sudah hilang di dunia ini. ada kritik ini Pak, agaknya pengetahuan agama yang baik tidak berkorelasi dengan perilaku pak...
di negara saya tercinta Indonesia, Departemen Agama merupakan departemen yang terkorup.. padahal sebagian besar mereka adalah sarjana agama, bahkan master agama. Saya tidak tahu, yang membuat itu sistem atau apa?
oh..ya..selamat pak...atas kemenangan PAS di beberapa wilayah di Malaysia...

Wassalam
Baskoro Adi Prayitno
Baskoroadiprayitno@yahoo.com
www.baskoro1.blogspot.com

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih bung baskoro... tidak menyangka tulisan saya diperhatikan oleh saudara2 di seberang sana... Yah, memang ramai orang2 `beragama` punya pendidikan tinggi dalam agama yang korup. Saya yakin itu bukan salah agama. Salah sistem? Mungkin saja. Sistem kita menjadikan ilmu sebagai alat cari makan bukan mencari kebenaran... Bila dia kurang makan maka yang haram dalam agama jadi halal kerana nafsu... Pada waktu itu, Ilmu tidak menjadikan pemiliknya rapat dan takut Tuhan malah sebaliknya... Terimakasih atas doanya. Moga kemenangan Islam berlaku di serata dunia... Salam.

Baskoro Adi Prayitno said...

Assalamualaikum

Terimakasih Pak atas kunjunganya di blog saya beberapa waktu yang lalu. Terimakasih juga atas dukungannya.

wasalam