Wednesday, December 29, 2010

ISU PERLANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melantik dan mengumumkan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SKN) tanpa merujuk Dato MB Selangor adalah kerja jahat yang berniat jahat untuk melaksanakan agenda jahat UMNO keatas Selangor. Rakyat bersatu menentang usaha jahat ini.


KENYATAAN AKHBAR

29 DISEMBER 2010

______________________________________________________________________________

TIADA HAD ATAU TEMPOH UNTUK PELANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu. Tambahan pula, jawatan Dato’ Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

Perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan sebagaimana sejajar nota amalan Perkhidmatan Awam.

Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan YB Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Dato’ Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan DYMM Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.

Meskipun penubunan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab. Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.

Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka. Isu Dato' Khusrin ini timbul sejurus sebelum UMNO mengumumkan Najib kekal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Justeru, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik. Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini (miscommunication). Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing.

Faekah Husin

Setiausaha Politik kepada

YAB Dato Menteri Besar Selangor


Salam hormat.

drbadrulamin.blogspot.com


Tuesday, December 28, 2010

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT (Mengambilalih Putra jaya).

BUKU JINGGA - Antara agenda PR dalam 100 hari pertama mentadbir Negara. Tolong SHARE!
by Badrulamin II on Tuesday, December 28, 2010 at 12:37am

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.



9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. 


Salam hormat.
drbadrulamin.blogspot.com

BUKU JINGGA...


Wednesday, August 25, 2010

ISU KHUTBAH PULAU PINANG (doa buat Guan Eng)

Isu Doa Khutbah Jumaat: Ustaz Zakaria Pertahankan Pendirian

Dari Merdeka Review
Oleh Nazar Hashim

Khatib yang didakwa terlibat dalam isu doa khutbah Jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad, mempertahankan pendirian beliau bahawa tiada kesalahan yang dilakukan semasa doa khutbah tersebut dibacakan bagi mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Zakaria Ahmad yang bercakap kepada media selepas menemui panel jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di pejabat MAINPP semalam, berkata bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk berdoa (kepada orang bukan Islam).

“Cuma caranya sahaja perlu diperbetulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MAINPP yang telah membantu bagi memberi panduan mengenai keperluan yang ada dalam isu khutbah ini.”

“Namun begitu isu ini hanyalah satu isu kecil. Sebelum ini pun ada orang lain yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?” tanya beliau.

Mungkin ambil tindakan saman malu

Zakaria juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu kepada mereka yang telah melemparkan fitnah kepada beliau dalam isu ini dalam tempoh terdekat.

Tambah beliau lagi adalah suatu yang dikesalkan kerana isu sekecil ini telah dipolitikkan oleh mereka yang tidak memahami erti sebenar khutbah Jumaat sehingga sanggup menjadikan ia sebagai modal politik sempit mereka.

Manakala Yang Dipertua MAINPP, Ellias Zakaria berkata pertemuan dengan jawatankuasa siasatan MAINPP kali ini bertujuan untuk mendapat penerangan sebenar dari khatib yang terbabit sebelum apa-apa tindakan diambil. Beliau juga berkata perbincangan yang diadakan berjalan dalam suasana yang baik.

Tiada tindakan terhadap khatib Zakaria

“Tiada tindakan yang akan diambil terhadap beliau setelah adanya penerangan sebenar dari insiden yang membabitkan isu doa dalam khutbah Jumaat yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu,” jelas Ellias Zakaria.

“Kita juga berharap dalam suasana ramadan ini tiada pihak yang akan mengambil kesempatan isu ini dan mengeruhkan suasana yang ada,” kata Ellias Zakaria (gambar kiri).

Katanya lagi jawatankuasa yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Sazali Hussain dan Pegawai Tadbir Agama Daerah itu turut berpuas hati dengan penerangan yang telah disampaikan oleh Zakaria.

Sebelum itu Zakaria yang tinggal di Taiping, Perak telah disoal-siasat di Balai Polis Butterworth bagi diambil keterangan beliau setelah adanya laporan dibuat oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, baru-baru ini.

Isu doa khutbah Jumaat yang didakwa menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah disebut oleh Zakaria di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth dan Masjid Jamek Padang Menora,Tasek Gelugor.

Dakwaan oleh Ahmad Zahid

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa terdapat khatib yang mendoakan Lim Guan Eng di beberapa buah masjid dalam kawasan Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong.

Namun begitu tiada pula nama kawasan Bagan yang dinyatakan sedangkan Masjid Jamek Kubang Buaya berada dalam kawasan Bagan. Begitu juga dengan dakwaan ianya berlaku dalam kawasan Permatang Pauh.

Nama masjid yang didakwa dalam kawasan Permatang Pauh belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam isu doa khutbah Jumaat ini. Sesetengahnya mendakwa isu ini sengaja dijadikan modal politik oleh UMNO dan BN setelah melihat kewibawaan yang ada pada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat dokongan rakyat.

Tindakan yang diambil oleh UMNO dan BN ini bukan saja menambahkan hilangnya keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada mereka, tetapi juga membuka ruang kepada masyarakat khususnya orang Melayu untuk melihat setakat mana isu agama sebegini akan dimanipulasikan sebagai modal politik untuk meraih sokongan.

Sekiranya isu sekecil ini tidak dapat diselesaikan dengan cara musyawarah apakah akan menjadi kenyataan perpaduan dan penyatuan Melayu yang sering menjadi omongan bagi UMNO dan PAS untuk bersatu di bawah satu payung bagi membela nasib masyarakat Melayu dan Islam dalam negara ini?

Friday, July 23, 2010

Tiada krisis air, Selangor tolak kadar air naik!

Kenyataan Media
22 Julai 2010

Tiada krisis air, Selangor tolak kadar air naik!

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus berhenti daripada mengelirukan orang awam dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor. Masalah kini di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang segaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor.

Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Menteri Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor semalam adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat disebabkan:

1. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

2. Pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.

3. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.

4. Pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

5. Penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan.

Kami menyeru agar Kerajaan Pusat mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. Kami juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.



Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor

Thursday, July 1, 2010

SPRM - Alat BN menyerang PR.

Kenyataan Media
30 Jun 2010


Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipanggil SRPM

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.

Kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.


Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor Dahrul Ehsan

Tuesday, May 25, 2010

Bila Hukum Islam di Buang.

BAGHDAD: Penduduk ibu kota Iraq kembali mengeluh dan kesal dengan kemunculan semula alkohol, judi dan pelacuran selepas hilang sejak enam tahun lalu malah kali ini peningkatannya lebih ketara.

“Dosa kembali menjadi sebahagian hidup penduduk Baghdad sekali lagi,” kata anggota pergerakan yang memperjuangkan tradisi keluarga dan moral, Fadilla Muhammed.

Bar, kelab dan kedai arak, satu ketika dulu ditutup oleh kumpulan militan, kembali meneruskan perniagaan dan membuat keuntungan lumayan. Pusat pelacuran juga kembali aktif dan kebanyakan mereka ligat mencari pelanggan.

Di pinggir Baghdad, panggung wayang yang menayangkan filem bertemakan seks ketika penonton melakukan aksi itu di "kerusi masing-masing" atau di dalam bilik air dibuka semula. Wanita yang ditemui dalam panggung wayang seperti itu, menawarkan diri atau anak gadis masing-masing untuk pelanggan.

Menurut pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Mustafa al-Ghadhun, terdapat peningkatan dalam pengambilan alkohol dan ketagihan dadah di Iraq.

“Kami bimbang dengan kuantiti yang diambil, kerana banyak kes ketagihan alkohol dilaporkan,” katanya.

Daerah seperti Sadr, Alawi, Dora, Bab al-Muadhem dan Gazellia di Baghdad dilaporkan menjadi kawasan popular bagi urusan jual beli dadah.

Pengedar juga aktif di kawasan berkenaan yang kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Bagi mereka yang terbabit dalam amalan yang satu ketika dulu diharamkan, inilah yang mereka mahu dibawa oleh Amerika Syarikat ke Iraq.

“Ini masanya untuk berasa bebas dan menikmati tradisi Barat. Kami sudah dewasa dan bertanggungjawab di atas tindak tanduk masing-masing,” kata Abu Feiraz yang bermain catur dengan anak lelakinya berusia 17 tahun di sebuah kafe di Karada sambil bangga menuangkan wain ke dalam gelas anaknya itu. – Agensi

Wednesday, April 14, 2010

Siapa yang menghalang Mahkamah Syariah?

Bila Dr Yusuf Qardawi jelaskan makna-makna ayat 4, 11-19 surah an-Nur tentang fitnah... Ustaz itu kata "itu cuma pendapat Dr Yusuf..." Nasihat saya... Bertaubatlah! Itu adalah ayat2 Allah... Ianya bukan pandangan atau pendapat manusia... Itu hukum Allah! Dr Yusuf hanya memperingatkan kita... Jangan sampai Allah turunkan bala`...

"Jika tidak kerana nikmat serta kasih sayang (rahmat) Allah pada kamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azap pedih akibat dosa (fitnah) yang kamu lakukan..." (An-Nur 24:14)

Berita paling panas dan mengejutkan ialah berkenaan kes fitnah liwat Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amat malang dan sungguh memalukan apabila Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menggagalkan permohonan Anwar untuk mendapat perintah agar bahagian pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa Saiful mengikut undang-undang Qazaf.

Ini berikutan keputusan mahkamah tersebut hari ini yang membenarkan permohonan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Jamil Khir Baharom @Ustaz Jamil), Pengarah JAWI (Datuk Che Mat Che Awi @Ustaz Che Mat) dan Ketua Pendakwa Syarie (Shamsuddin Hussain) untuk membatalkan permohonan Anwar itu.

Ini adalah bukti jelas bahawa Mahkamah Syariah Malaysia sendiri tidak mengiktiraf Undang-Undang Syariah atau mempersendakannya...


Berita penuh -

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.



Wednesday, March 31, 2010

Teks Penuh Fatwa DR Yusuf - Sebaran...

Kes Fitnah Anwar: Teks Penuh Terjemahan Fatwa Dr Yusuf Untuk Sebaran.
Terjemahan Fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi
Mengenai Kes Fitnah (liwat) Anwar Ibrahim

Soalan:

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”


Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual. Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina.

Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Sehubungan dengan ini al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa yang dikenal sebagai “Hadith al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang berlaku di Madinah ini melibatkan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri, anak Abu Bakar as Siddiq Khalifah pertama dan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah Ummul Mukminin (ibu kaum mukminin) Aisyah r.a.. Aisyah telah dituduh secara jahat oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang sahabat yang soleh serta terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong serta berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi perbualan ramai. Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah sehinggalah Allah menurunkan ayat-ayat al-Quran membersihkan nama baik Aisyah dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut menyelar golongan munafiq yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur masyarakat umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang menular itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”

Yang memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah Bin Ubai Bin Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin ini. Dialah yang menyebutkan -

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat dari godaan Aisyah.”

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saidatina Aisyah untuk beberapa lama hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nur 24:12 -

“Sepatutunya apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri lantas mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi. Allah menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah an-Nur 24:13 -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka orang orang itu adalah golongan pendusta.”

Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain. Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta maka Islam memada dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.

Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa empat orang saksi. Quran menjelaskan “Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka merekalah golongan pembohong”.

Al Quran menjelaskan lagi dalam ayat berikutnya (an-Nur 24:14) -

“Kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmat Nya kepada kamu di dunia dan akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kamu maka kamu tidak digegar dan ditelan bumi ataupun di landa dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini.

Al Quran menegaskan lagi (al Nur 15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan ‘tidak wajar kita menghebahkan perkara ini… Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”. Allah menegaskan (an-Nur 24:16-17) -

Allah ingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angina atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; maha suci engkau (Ya Allah) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melimparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya.

Umat Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata dengan membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia . Mereka perlu takut kepada Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukuman Nya; namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim 14:42 -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim itu”.

Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti sdr. Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu. Allah berfirman dalam surah al-An’am 6:144 -

“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”

Saya berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah menyatakan kebenaran sdr Anwar Ibrahim. Agar Allah bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata kepada Allah.

Insyaallah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ 17:81 -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap”.

Sekian , wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Wednesday, March 10, 2010

Isu Fitnah Anwar (Copy & Paste)

Fatwa Yusuf al-Qaradhawi - Sesiapa yang merancang sama ada secara langsung atau tidak maka hukumnya adalah "munafik"... Yang membantu menyebar adalah "fasik"...

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

"Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Thursday, February 11, 2010

Kalau Tak Tau... Tanya atau Baca...

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari - Boleh Singkir PM dengan mudah!!
2.11.2010-

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

Tuesday, February 9, 2010

Isu Perak - Copy & Paste

Hadith Nabi s.a.w "Hakim ada 3 macam, 2 dalam neraka 1 di syurga. Adapun yang dalam neraka ialah Hakim yang jahil dan menghukum dengan kejahilan & Hakim yang berilmu tetapi menghukum tidak dengan ilmu (khianat ilmu). Dan Hakim yang dalam syurga ialah yang berilmu serta menghukum menurut panduan ilmu..."

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadikan demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Siar semula:
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Thursday, February 4, 2010

Info Terkini Kes Fitnah 2

5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:
5 Fastest Ways to follow Conspiracy Case on Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI

2. Twitter @AnwarIbrahim

3. TV Selangor

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe?
Type: ON ADIL
sms to: 32300

5. Blog DSAI

Kes Anwar - Copy & Paste

Fitnah Siri 2 Rencana Jahat Pemerintah

Pagi tadi bermulalah perbicaraan fitnah kali kedua ke atas saya. Mainan wayang yang sama diulang putar bertujuan mengelirukan rakyat dan menimbulkan kesangsian terhadap diri saya. Bahkan mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi kepentingan politik sempit. Mubahalah diulang-ulang walaupun ulama muktabar seperti Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Wahbah Zuhaili dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya menjelaskan ianya tidak selari dengan tuntutan Syariah. Sesuai dengan pendapat dari jumhur ulama, makanya saya menfailkan tuntutan qazaf ke atas pemfitnah saya. Buktikan fitnah ke atas diri saya sebagaimana yang gariskan oleh prinsip syariah! Jangan berani berdolak lagi serta cuba melengah-lengahkannya!

Berhadapan dengan makar yang direncanakan dengan penuh helah membabitkan keseluruhan jentera dan sistem kenegaraan, ternyata ianya bukanlah mudah, namun perjuangan menuntut Perubahan ini tidak akan sekali-kali mengendur. Cita-cita dan harapan kita bukanlah satu mimpi di siang hari. Kita mendambakan sebuah negara yang menjamin perlaksanaan Keadilan untuk semua. Bukannya sebuah negara yang hanya menyempurnakan nafsu jahat pemerintah semata-mata. Tidakkah pimpinan umno-bn sedar bahawa keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pasukan polis semakin hari semakin luntur. Rakyat sudah mual dengan kehakiman dan pihak polis yang tunduk mengabdi kepada kehendak elit umno-bn.

Pun begitu saya tidak mempunyai pilihan lain selain dari berhadapan dengan fitnah tersebut di mahkamah. Barisan peguam yang terdiri dari Karpal Singh, Datuk Param Cumaraswamy, Sankara Nair dan Datuk Prabhakaran mahukan dakwaan ini digugurkan. Berasaskan peraturan serta proses perundangan, pelbagai permohonan diajukan, misalnya untuk mendapatkan bukti sesuai dengan kehendak peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Apa kan daya, permohonan ini dihalang sistem kehakiman, sekaligus membenarkan saya “diserang hendap” oleh pihak pendakwa.

Adakah dengan segala perancangan yang direkayasa ini, mereka sangka saya akan berundur dari memperjuangkan agenda Perubahan demi kemaslahatan rakyat? Inshaallah dengan segala daya dan upaya serta diiringi doa semua, akan kita terus mara menewaskan kebejatan yang bermaharajalela.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, February 3, 2010

Berita Dari Mahkamah 3 Feb (Copy & Paste)

Terkini Kes Liwat Saiful Dari Mahkamah Tinggi !!

Perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan bermula petang ini. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Datuk seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Ikutilah rentetan perjalanan perbicaraan kes liwat ini yang dibawakan terus dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pendakwa Akan Buktikan Air Mani Hak Anwar

[4.02 pm] - Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa sampel air mani yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyatakan demikian semasa membacakan ucapan pembukaan dalam kes lliwat terhadap bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Pihak pendakwaan juga akan membuktikan kesalahan tertuduh melalui keterangan langsung daripada pengadu dan keterangan forensik daripada doktor-doktor dan ahli kimia serta keterangan mengikut keadaan dan dokumentari. Dalam ucapannya, Mohd. Yusof juga memberitahu, kejadian bermula apabila pengadu masuk ke unit kondominium Unit 11-5-1 dan melihat Anwar sedang duduk di meja makan seorang diri. Di kondominium tersebut pengadu telah diliwat oleh tertuduh dan pengadu kemudian meninggalkan unit tersebut kira-kira pukul 4 petang pada hari tersebut

[Kenapa pula sampel air mani dikatakan milik Anwar?. Apa buktinya? Sedangkan doktor pakar mengesahkan tiada tusukan apa-apa masuk ke dalam dubur Saiful. Bagaimana pula air mani Anwar boleh berada dalam dubur anak muda itu gamaknya. Fikirkanlah dengan fikiran yang waras?].

Tian Chua Dihalang Pasang Kain Rentang

[3.45 pm] - Kekecohan berlaku di lobi Mahkamah Tinggi di sini apabila cubaan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membentangkan kain rentang dihalang oleh pihak polis. Kumpulan seramai 30 orang itu kemudian berteriak dan melaungkan reformasi selama 15 minit di perkarangan mahkamah

Anwar Dan Isterinya Tiba Jam 2.30 Petang

[2.30 pm] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada 2.30 petang dengan diiringi isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Perbicaraan kes liwat Anwar memasuki hari pertama hari ini.
Saiful Jadi Saksi Pertama Kes Liwat Dirinya

[2.20 pm] - Saiful Bukhari Azlan akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu. Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Perbicaraan Kes Liwat Bermula Petang Ini

[12.20 pm] - Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijalankan petang ini, kata peguam utamanya Karpal Singh. Bercakap kepada pemberita selepas menemui Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di sini pagi ini, beliau berkata, Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya. Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lepas itu, disemak semula.

[Episod malang sekali lagi menimpa badan perundangan di negara kita apabila kes yang cukup kontroversi ini terus dibicarakan. Tuduhan yang dibuat dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang menyatakan kejadian berlaku apabila ada "tusukan" masuk ke dubur tertuduh langsung tidak diguna pakai sekarang ini. Penghakiman dan perbicaraan yang dijalankan jelas sekali hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Kes yang lari dari fakta sebenar ini dijadikan alat untuk menghukum individu yang dikhuatri akan menggugat pengaruh kerajaan pada masa hadapan. Oleh itu, kita tidak perlu bergantung harap dengan perbicaraan liwat Anwar ini. Apa yang pasti, penjara Sungai Buloh menanti Anwar !!].

Disiar semula oleh
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Kes Saiful: Mahkamah Syari`ah vs Mahkamah Sivil.

Latar belakang - Ada orang menasihatkan agar kita tidak bicang kes liwat saiful ini dan menyerahkannya pada pihak berkuasa mahkamah demi perpaduan.

Saya setuju tapi... Mahkamah mana? Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syari`ah?

Fakta - 4 orang Doktor Pakar telah buat pemeriksaan atas saiful dan dapati tidak ada kesan apa2 memasuki duburnya (baca - dubur saiful masih "dara"). Maknanya tidak berlaku liwat seperti yang dilapurkan (walaupun saiful mengaku diliwat 9 kali). Ini membuktikan yang saiful telah berbohong dan melakukan fitnah. Berikutnya, sebuah lapuran telah dibuat di Mahkamah Syari`ah dan kes QAZAF telah difailkan atas saiful (Qazaf ialah menuduh orang zina atau liwat tanpa saksi).

Persoalan -
  • Mengapa Mahkamah Syari`ah tidak menjalankan siasatan atas saiful sedangkan kes Qazaf adalah dibawah bidang kuasanya?
  • Mengapa Mahkamah Syari`ah perlu menunggu keputusan dari Mahkamah Sivil?
  • Jika liwat tidak berlaku, maka kes apakah yang akan dibicarakan oleh Mahkamah Sivil?
  • Mengapa pihak pendakwa hingga kini enggan menyerahkan dokumen2 terlibat pada pihak peguam walaupun telah diarahkan oleh pihak mahkamah? (Antara dokumen yang dinafikan pada Anwar ialah kenyataan pengadu, Lapuran Dr Osman (Pusrawi), Lapuran pemilik kondo, Kenyataan 3 orang Pakar HKL, Nota ahli pakar kimia dan Lapuran perubatan).
Sebenarnya hanya ada satu jawapan. Tujuan utama kes ini adalah untuk menghumban Anwar semula kedalam penjara walaupun kes tidak ada (rujuk kes "liwat azizan" tahun 98 yang akhirnya dibuang pada tahun 2004 setelah 6 tahun Anwar merengkok dalam penjara). Untuk tujuan itu, mereka akan teruskan kes ini di Mahkamah Sivil walaupun hanya atas tuduhan "percubaan meliwat"... Amat jijik dan memalukan!

Bangkitlah rakyat Malaysia! Bangkitlah para ulamak, ilmuan intelek, para profesor, agamawan, cendikiawan malah bangkitlah wahai tiap yang masih punya hati, jiwa dan perasaan... Jangan biarkan marwah ilmu dan agama dipijak2 oleh mereka yang rakus dan jahat. Bangkitlah walau hanya dengan satu ayat...

Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

Isu Nama Allah - Apa Semua Ini?

Akhirnya Menteri keluarkan "Fatwa" - Orang bukan Islam di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah boleh guna nama Allah....

Adakah status Allah berbeza menurut zon? Apa semua ini? Mudah sahaja... Apapun jua yang dilakukan oleh Umno adalah semata2 untuk kepentingan dan survival politik mereka yang sudah berada dipenghujung jalan.

Diperingkat awal, Umno ingin melaga2kan antara PAS dan DAP untuk memecah belahkan PR, tapi tak menjadi. Kemudian Umno ingin melaga2kan antara kaum dan agama agar jadi rusuhan supaya dia boleh rampas negeri S`ngor atas apa jua alasan, juga tak menjadi (sama dengan provokasi kepala lembu, arak dll). Umno juga ingin menunjukkan bahawa dialah juara pembela Allah, juga tak menjadi dan akhirnya BN sedar dia kehilangan banyak sokongan dikalangan orang bukan Islam di Semenenjung lebih2 lagi di Sabah dan Sarawak...

Apa pula alasan mereka kini bila membenarkan orang bukan Islam guna nama Allah di 4 buah negeri? Adakah cukup hanya dengan mengatakan bahawa negeri2 tsb tidak punya Sultan? Bagaimana dengan Melaka?

Sebenarnya isu nama Allah punya strategi serampang dua mata. Selain yang disebutkan diatas, ia juga untuk menutup sekian banyak isu yang menghantui pemikiran rakyat seperti isu kenaikan harga barang, isu rasuah & ribuan juta ringgit yang dirompak, isu kehilangan injin jet, isu Felda & penipuan perahan minyak sawit, isu GST (cukai yang akan membebankan rakyat), isu pelajar sekolah berasrama penuh yang terpaksa balik rumah tiap hujung minggu kerana tak cukup duit nak dibagi makan, isu kos PLKN, isu YBK di Selangor, isu jenayah dan banyak lagi.

Dan yang paling utama ialah untuk menutup isu Mahkamah Syari`ah dan Qazaf atas fitnah jahat dan busuk saiful serta perbicaraan Anwar 25 Jan ini. Sampai bilakah fitnah ini akan terus menyelubungi kita? Ingat! Perpecahan dan permusuhan kita akibat fitnah '98 hingga kini belum selesai. Dengan kes saiful ini, berapa tahun pula kita akan bermusuh?

Marilah... Atas nama Allah Tuhan semua... Kita tolak fitnah dan orang2 yang menegakkan fitnah... Bersatulah atas nama Islam dan kemanusiaan...

Salam ukhuwwah.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Tuesday, January 12, 2010

Tolak Politik Perkauman Sempit!

Kenyataan Rasmi DSAI.
Tarikh: 10 Januari 2010

Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.

Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)

Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)

Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.

Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum PKR

Friday, January 8, 2010

Tolak unsur2 provokasi!

Kenyataan rasmi DSAI tentang serangan atas rumah Ibadat...

Tarikh: 8 Januari 2010

Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.

ANWAR IBRAHIM

Isu Allah... Siapa lebih Takut?

Kita bimbang orang Islam keliru dan akan masuk x`tian... Sebenarnya mereka lebih takut akan ramai x`tian masuk Islam kerana penggunaan nama Allah dalam agama mereka. Ini kerana terlalu banyak perkara yang samar dalam agama mereka. Dokstrin trinity mereka amat mengelirukan... Konsep dosa yang diwarisi juga membawa banyak persoalan yang tidak terjawab dan banyak lagi... Selain kalimah "Allah" itu sendiri...

Saya bertanya pada seorang kawan x`tian "Betulkah kamu nak guna nama Allah?" jawabnya "ya". Saya tanya lagi "Kamu kenalkah siapa Allah?" dia teragak2... Saya terus berikan dia terjemahan al-Quran dan saya tunjukkan kepadanya surah al-Ikhlas "Katakan! Allah itu satu. Allah tumpuan segala. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang meyerupai Allah..."

Kini kawan itu telah mula membaca risalah serta buku kecil tentang Allah... Dia benar2 berminat untuk mengenali siapa Allah... Saya terharu... Berapa ramai hamba Allah (samada yang menyembah Nya atau tidak menyembah Nya) sebenarnya tidak kenal siapa Allah?

Ini pula kisah seorang kawan tagged saya - Ada ofis mate chinese provoke saya mengenai isu ni. Jawapan saya mudah... 'Yes, you may use 'Allah' as your God, coz HE is God to everyone... Once you believe it, you are almost a Muslim....' Maksud saya dia kena mengucap juga la and ada pengetahuan ttg Islam. Jawapan saya tersebut membuat beliau terkedu, lalu terdiam... Sebab takut jadi Islam... Saya senyum jer...

Salam (Peace) buat semua...

Http://drbadrulamin.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Allah & Konsep Tauhid

Allah - Rabbul `alamin, Tuhan seluruh alam... Tuhan semua makhluq... Tuhan orang Islam dan Tuhan orang bukan Islam.

Cuma beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah konsep Tauhid. Dalam Islam "Tiada Tuhan selain Allah" sedang dalam agama lain "Allah itu Tuhan & yang lain pun tuhan juga" (konsep banyak tuhan). Dalam X`tian ujudlah istilah bapa tuhan dan anak tuhan. Dalam agama lain ujudlah konsep dewa2 sbg tuhan...


Yang Allah perintahkan - bukan pertahankan nama Allah tapi pertahankan Tauhid. Tiada gunanya pertahan nama Allah tapi kita tetap syirik dengan mendewakan pangkat & harta. Tiada makna pertahankan nama Allah tapi hukum Allah dipermainkan. Halal dan Haram Allah tidak diperdulikan... Rasuah & fitnah terus jadi amalan... Kezaliman jadi kebanggaan...


Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Saturday, January 2, 2010

Kenyataan Dr Md Nor Manuty ttg isu kalimah Allah.

Ahad, 2009 November 22

KENYATAAN MEDIA..

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009

Friday, January 1, 2010

Raja Abdullah & Wahabi.

Terbaru... Raja Abdullah ziarah nabi dan berdoa depan makam sambil mengadap makam.

Benda yang paling dilarang oleh polis & pengawal makam ialah bila jamaah yang ziarah Nabi angkat tangan berdoa mengadap makam. Itu dianggap perkara yang paling bid`ah, sesat dan menyesatkan. Namun bila Raja yang buat, mereka jadi serbasalah. dan bengong... Dalam kebengongan itu, Raja pun berkata "kita patut berdoa..."

Ini dianggap satu perkembangan yang amat menarik dalam isu Saudi & Wahabi. Ada yang menganggapnya sebagai tanda2 awal berakhirnya pengaruh ajaran Syekh Abdul Wahhab di Saudi.

Isu kamera dalam Masjidil Haram pun agak menarik. Kalau dulu polis & pengawal masjid akan mengejar dan merampas kamera orang yang didapati mengambil gambar samada didalam malah diluar Masjid atas alasan yang sama - "bid`ah", kini mereka hanya membiarkan... Kalau dulu handfon camera dihalang dari masuk masjid, kini jamaah bebas mengambil gambar atau merakam video dgn handfon mereka...

Perbincangan saya dengan rakan2 di Saudi menyimpulkan yang semua perkembangan menarik ini ada kena mengena dengan pendirian Raja Abdullah sendiri yang tidak suka dengan sikap pengikut Wahabi yang suka membasar2kan isu bid`ah...

Salam hormat.
Http://drbarulamin.blogspot.com