Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.
Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.
Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.
Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.
Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.
Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.
"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.
Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"
Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.
"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.
Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.
"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.
Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.
"Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.
"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.
"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".
Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.
Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.
3 comments:
Dr,
1. Satu soalan saya, Pernahkan Dr Yusuf Qardawi di temukan dengan Saiful dan Sukma....
2.Pernahkah Dr Yusuf Qardawi mendengar sendiri pengakuan dan sumpah Saiful....
3.Bukankah itupun cara ISLAM mendapat kebenaran....
4.Ana sekadar mengingat...jangan kita pula jadi tukang pertahankan kemungkaran.....
5.Dan pendedahan demi pendedahan oleh YB Zahrin, YB Zul....adakah semua mereka tu tak tahu hukum hakam....
layarbiru15@gmail.com
1.Saya rasa tuduhan keatas Anwar adalah strategi yg dikitar semula oleh lawan politik beliau spt yg pernah digunakan sebelum ini...
2.Saya yakin YB,YB yg keluar PKR tu ada agenda peribadi yg telah gagal menyebabkan mereka kecewa dan malu.
3.Barang siapa yg tidak menghukum dgn apa yg diturunkan oleh Allah, mereka termasuk golongan orang-orang yg zalim,fasik dan kafir.
-maksud alquran.
Minta ustaz jelaskan.T.Kasih.
KOMENTAR YG DIATAS SEKALI TU LEBIH MEMPERCAYAI YB ZAHRIN DAN YB ZUL YG TELAH MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT... DAN MEMPERSOALKAN FATWA DR YUSUF ALQARDAWI,ULAMA BESAR...
INILAH DUNIA AKHIR ZAMAN...
Post a Comment