Tuesday, February 9, 2010

Isu Perak - Copy & Paste

Hadith Nabi s.a.w "Hakim ada 3 macam, 2 dalam neraka 1 di syurga. Adapun yang dalam neraka ialah Hakim yang jahil dan menghukum dengan kejahilan & Hakim yang berilmu tetapi menghukum tidak dengan ilmu (khianat ilmu). Dan Hakim yang dalam syurga ialah yang berilmu serta menghukum menurut panduan ilmu..."

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadikan demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Siar semula:
Http://drbadrulamin.blogspot.com

3 comments:

Ampatuan Jr said...

Uztad,
Kalau mahkamah dapati DSAI TIDAK BERSALAH atas sebab2 teknikal atau apapun sedangkan dia benar2 melakukan perkara tersebut,dan kita juga tahu dia sememangnya melakukan perkara2 tersebut - apa kah hukumnya satu hari nanti kita berjemaah dan DSAI imamnya? Atau wajar kah kita berkhalifahkan sesaorang yg kita tahu terang2 seorang penzina dan peliwat tegar walau pun dia mempunyai wawasan politik dan sifat kepimpinan yg hebat?

Dr. Badrulamin Bahron said...

Macamana sdr tau dia sememangnya melakukan perkara2 tsb? Ada saksi? atau sdr juga ingin dihadapkan kemahkamah syariah atas tuduhan Qazaf?

Dalam Islam, lebih baik terlepas hukuman orang yang bersalah daripada terhukum orang yang tidak bersalah.

Dalam kes `98/99, setelah 6 tahun Anwar derita dalam penjara dan setelah perpecahan teruk berlaku dalam masyarakat, akhirnya mahkamah dapati kes tidak ada...

Siapa nak tanggung dosa fitnah, kezaliman dan permusuhan?

Sudahlah...

Anonymous said...

betui2...allah jer yang boleh menunjuk jalan yang benar.