Sunday, February 8, 2009

Tahun Penuh Cabaran

Salam Reformasi!
Selamat bertemu semula di tahun yang lebih mencabar.

Januari 2009 dicemari dengan kezaliman zionis-israel. Ribuan orang awam jadi korban sifat kebinatangan mereka. Puncanya? HAMAS! Hamas adalah pengganas! Hamas mesti dihapuskan! Begitulah sumpah angkuh pemimpin negara haram israel itu. Sejak kemenangan Parti Islam Hamas 3 tahun lalu dalam pilihanraya demokratik Palestin mengalahkan Parti Kebangsaan Fatah, zionis-israel tidak pernah mengiktiraf Hamas. Itu tidak menghairankan kita kerana kita faham sifat permusuhan yahudi dan Islam yang termaktub dalam a-Quran (Yahudi akan tetap memusuhi Islam sejak dulu, kini dan selamanya...) Apa yang membuatkan kita hairan dan kesal ialah mengapa ada pemimpin negara Islam yang menurut perangai yahudi dan enggan mengiktiraf Hamas. Malah Mesir misalnya enggan membantu saudara mereka di Gaza dengan menutup pintu sempadan.

Bagaimana dengan Malaysia? Malaysia bukan hanya tidak mengiktiraf Hamas, malah satu sen pun wang bantuan kemanusiaan yang dikutip oleh agensi kerajaan (RTM, TV3, NST dll) tidak sampai kepada Hamas yang berjuang mati-matian menentang kezaliman zionis-israel (apa khabar wang yang dikutip untuk Dafour dan Tsunami satu masa dulu?).

Ummat Islam, sebenarnya, sedang menghadapi krisis kepimpinan! 2 ribu juta ummat kehilangan pemimpin yang mampu menyatukan. Pemimpin Syi`ah menyuarakan perlunya PBB alternatif yang akan menjaga kepentingan ummat Islam. Apa peranan OIC? Bukankah itu OIC itu PBB ummat Islam? Oh... I see.. Semua bercakap (termasuk Mahathir) tentang OIC yang tiada taring. Mengapa? Masalahnya ialah kepimpinan. Siapa memimpin OIC hari ini? Malaysia. PM Malaysia. Dolah Badawi. Bolehkan Dolah menyatukan kepala-kepala negara Islam dalam keadaan kepalanya sendiri biul dan bermasalah? Hmm.. Mac ini kita akan ada PM baru. Mampukan PM baru ini menyatukan ummat? Ramai menganggap bakal PM Mac ini hanya layak jadi duta ke Monggolia.

Jadi? Apa pilihan ummat? Siapakah pemimpin yang mampu menyatukan ummat ini?Apakah pemimpin Saudi yang kini berhutang ribuan juta dollar pada US akibat perang teluk? Atau pemimpin Iran yang berjaya menghantar satelit ke langit? Atau pemimpin Turki yang baru2 ini jadi wira negaranya kerana memalukan pemimpin haram israel dalam forum ekonomi dunia?

Sedar atau tidak, kita ada calon terbaik yang mampu menyatukan pemimpin2 Islam sekaligus dihormati oleh Barat dan Timur... Dia bukan orang arab... Bukan juga orang putih... Dia orang Melayu, orang Malaysia... Dia adalah Anwar Ibrahim! Ada orang kata saya taksub... Saya hanya berkata, jika anda punya calon yang lebih baik dari Anwar, sila kemukakan... Yang penting ummat perlukan pemimpin itu untuk menyelesaikan kemelut berpanjangan ini...

Salam Hormat.

2 comments:

onn said...

Wah...wah Ustaz....!

Banyak kemajuan...! Cadangan saya setiap program ustaz elok dirakam dengan gambar dan masukkan dalam blog.

Dan setiap soal jawab dalam kuliah elok dikongsi kepada kami dgn menyiarkan dlm blog ini.

Teruskan ustaz...!

Dr. Badrulamin Bahron said...

Tq Onn. Baru belajar... Mcm enta dan kawan2 lain dah Pro... hehehe.

Alhamdulillah... Dalam kesibukan... ini lah yang termampu setakat ni. I`allah ana akan cuba buat cadangan baik enta...

Salam.