Monday, July 11, 2011

BERSIH - Sebuah Catitan...


(Mangsa kezaliman polis yahudi umno)


PERISTIWA HITAM BERSIH 2.0


Peristiwa hitam dan pahit menyelubungi Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 kelmarin, 9 Julai. Walaupun diasak hampir sebulan melalui media massa tunggangan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) bahawa BERSIH 2.0 tidak bersih serta dibantu oleh pihak polis yang setiap masa menggugut serta dilihat cuba menakutkan semua penyokong gerakan itu dengan harapan perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, amat meleset sekali apabila dianggarkan hampir 50 ribu perserta perhimpunan berjaya membolosi hampir semua 30 sekatan jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur. Jika tidak kerana tangkapan demi tangkapan di stesyen LRT, Monorail, dan KTMB serta tangkapan yang dibuat ketika cuba melalui sekatan jalan itu, dianggarkan beratus ribu lagi penyokong Bersih 2.0 akan bersama-sama dengan kumpulan utama berarak ke Stadium Merdeka untuk menyerahkan memorandum 8 tuntutan BERSIH 2.0 itu kepada wakil Istana.

120 NGO antarabangsa serta SUHAKAM mengutuk tindakan zalim kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada peserta pehimpunan AMAN itu kerana dilihat jelas melanggar hak asasi manusia serta perlembagaan negara.

Tindakan yang diibaratkan MEROGOL kebebasan bersuara serta MENGHERET nilai-nilai kemanusiaan ke tahap yang lebih rendah dan hina dari binatang itu jelas dapat dilihat ketika perarakan itu khususnya tindakan pihak FRU yang melepaskan gas pemedih mata dari jarak bahaya sehingga dikatakan oleh peserta-peserta lain sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kematian suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setia Wangsa, Allahyarham Baharudin Ahmad yang gugur syahid hanya kerana ingin menuntut keadilan yang sama rata dalam proses pilihanraya negara serta ingin menyuburkan demokrasi demi masa hadapan keseluruhan generasi Rakyat Malaysia. Hasil bedah siasat HKL yang tidak rasmi juga mendapati 4 tulang rusuk Allahyarham patah. Tambahan pula 2 peserta lain perhimpunan Aman itu juga dikatakan masih di ICU Hospital Kuala Lumpur dan nasib mereka masih tidak diketahui.

Malah komentar-komentar yang penuh emosi dan menyayat hati itu dari peserta-peserta yang dibebaskan malam kelmarin daripada tahanan di PULAPOL khususnya tindakan rakus dan kejam pihak FRU ke atas peserta wanita tidak dapat dijangkau oleh akal manusia yang waras.

Mereka diheret dengan tangan terikat dan digari dengan kasar serta ditolak dengan paksa seperti binatang-binatang ke kenderaan Polis tanpa langsung ingin melayani rintihan mangsa-mangsa untuk dilonggarkan ikatan tangan. Dengan cortar-cortar mereka yang menyinggahi anggota badan peserta dan juga kaki mereka yang tidak henti menendang serta ada juga leher peserta yang diikat dan ditarik dengan bendera Malaysia yang dirampas cukup jelas satu kezaliman yang ternyata mirip tindakan ganas Polis Rahsia negara Komunis RUSIA iaitu GESTAPO.

Siapakah yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa memerintah?

Malah tindakan ala-samseng pihak peronda POLIS yang melanggar motorsikal yang ditunggangi Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hanya kerana ingin menahan beliau dilihat cukup tidak bertamadun, biadap dan bacul. Tidak cukup dengan semua itu, hampir 8 gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak FRU di dalam terowong pejalan kaki yang tertutup di KL Sentral di mana pemimpin utama BERSIH 2.0 berada walaupun tidak ada elemen provokasi langsung daripada pihak penganjur.

Adakah ini cubaan membunuh?

Yakinlah, Tsunami BERSIH 2.0 akan bertiup kencang di seluruh negara kerana tindakan drakonian pihak pemerintah yang zalim kepada peserta-peserta BERSIH 2.0 khususnya tindakan zalim kepada 60 NGO-NGO dan parti politik yang menyokong tuntutan BERSIH itu demi masa hadapan seluruh Rakyat Malaysia.

Saya meninggalkan perkarangan PULAPOL kelmarin dengan satu tangisan kerana mengenangkan seorang wanita yang terpaksa berdiri sambil mendukung bayi kecilnya di dalam kenderaan Polis. Walaupun beliau terpaksa melalui semua itu, terukir satu senyuman penuh semangat seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini hanyalah permulaan kepada segalanya. Umno dan Kerajaan Zalim Barisan Nasional (BN) kini sudah berada di penghujung usia. Rakyat Malaysia akan menamatkannya.

Wallahua’lam.
Huzir Sulaiman
http://bm.harakahdaily.net​/index.php/letter/4289-per​istiwa-hitam-bersih-20

5 comments:

Joe said...

maaf menyelit. Statement Ustaz banyak dustanya.

Anonymous said...

MAAF, KOMENTAR USTAZ BUKAN SEKADAR DUSTA TETAPI PENUH DGN PRASANGKA. INGAT AZAB ALLAH MENANTI ORG2 SEMACAM USTAZ BILA TIDAK BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT. MUGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI USTAZ UTK MENILAI YG BENAR ATAU DUSTA

Abdullah said...

Wahai saudaraku Badrulamin, janganlah kamu berkata sesuatu perkara yang kamu sendiri tidak tahu kebenarannya. Takutlah kepada Allah, kerana kelak kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu katakan. Ingatlah, seksaan Allah amat pedih.

Anonymous said...

saya tak rasa bersih itu sesuatu yang salah kerana, kalau nak buat tuntuan selain demokrasi, apakah kerajaan nak terima kalau perkara2 yang dituntut itu akan memberi kesan kepada mereka? baca dan faham betul2 artikel 10(1)(b) dan kaitkan dengan bersih. dan ramai juga yang menyertai bersih adalah dari golongan yang terpelajar. maknanya, generasi baru yang akan memimpin malaysia sudah celik mata untuk melihat perubahan di malaysia terutamanya dari segi politik. andainya melaysia diperintah mengikut cara umar abdul aziz, inshaAllah, semuanya akan aman damai...

KLG said...

good...