Wednesday, April 14, 2010

Siapa yang menghalang Mahkamah Syariah?

Bila Dr Yusuf Qardawi jelaskan makna-makna ayat 4, 11-19 surah an-Nur tentang fitnah... Ustaz itu kata "itu cuma pendapat Dr Yusuf..." Nasihat saya... Bertaubatlah! Itu adalah ayat2 Allah... Ianya bukan pandangan atau pendapat manusia... Itu hukum Allah! Dr Yusuf hanya memperingatkan kita... Jangan sampai Allah turunkan bala`...

"Jika tidak kerana nikmat serta kasih sayang (rahmat) Allah pada kamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azap pedih akibat dosa (fitnah) yang kamu lakukan..." (An-Nur 24:14)

Berita paling panas dan mengejutkan ialah berkenaan kes fitnah liwat Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amat malang dan sungguh memalukan apabila Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menggagalkan permohonan Anwar untuk mendapat perintah agar bahagian pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa Saiful mengikut undang-undang Qazaf.

Ini berikutan keputusan mahkamah tersebut hari ini yang membenarkan permohonan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Jamil Khir Baharom @Ustaz Jamil), Pengarah JAWI (Datuk Che Mat Che Awi @Ustaz Che Mat) dan Ketua Pendakwa Syarie (Shamsuddin Hussain) untuk membatalkan permohonan Anwar itu.

Ini adalah bukti jelas bahawa Mahkamah Syariah Malaysia sendiri tidak mengiktiraf Undang-Undang Syariah atau mempersendakannya...


Berita penuh -

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.



3 comments:

Anonymous said...

Mari kita hantam si bodoh Jamil Khir seorang general tak tahu kawat tapi pandai membodek.
mari kita bersembahyang Hajat dan memohon doa supaya Jamil Khir insaf. Tapi nak tanya juga ya,yang Jamil Khir ni berkelulusan apa?

Guna_Akal said...

perlu ke kelulusan bila nk jadi penjilat Ameno? Dalam Ameno si dungu pun boleh jadi kaya raya janji pandai masuk jarum ampu pemimpin rasuah depa.

sudu garpu Kuantan said...

Bila masuk UMNO, orang bijak pandai lingkup. Tapi boleh kah kita kata mereka pandai? Apa yang UMNO buat terang-terang tak betul, tapi ini lah kisah akhir zaman. Kita mohon diberi taufik hidayah-Nya dalam perjuangan ini